ichigo

ichigo
Assalamualaikum wahai jiwa yang dicintai Allah, selamat datang, haa..sebelum baca ni, jom selesaikan 5 passwords ni, 1. Baca Basmallah 2. ucap syukur Alhamdulillah atas nikmat Iman dan Islam 3. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w 4.Hadiahkan Al-fatihah buat mereka yang tersayang 5.sedekahkan al-Fatihah buat saya.. :) Jazakillah kheirul jaza'

Rabu, 15 Ogos 2012

Bismillahirrahmanirrahim..

hari ini merupakan 15 hb Ogos 2012, mungkin bagi sesetengah dari kita tertunggu-tunggu tarikh ini untuk menerima perkhabaran gembira,mungkin hari kelahiran, mungkin juga hari penganugerahan dr kejayaan yg dikecapi, atau hari pengagihan sumbangan secara percuma, atau menerima rombongan dr si dia..tarikh ini juga tidak kurang menggandakan denyutan nadi,mungkin kerana hari terakhir submit assingment, mungkin menghadapi exam, atau apa-apa sahaja yg menimbulkan rasa cuak.

namun,sebagai mukmin,kita berpuasa dan maklum..hari ini merupakan 26 Ramadhan.. sudah hampir 26 hari kita lalui Ramadhan 1433H ini. lagi 3 hari tinggal untuk kita merasai ruh madrasah tarbiah..sebelum ia pergi..YA! Ramadhan akan meninggalkan kita lagi..walau bercucuran air mata merayu supaya dipanjangkan lagi waktu untuk bersamamu Ramadhan, walau ketar lidah untuk menghalang pemergianmu, namun tetap jua engkau pergi..kami takut ya Allah..kami takut untuk menghadapi saat-saat akan datang, kami takut diri ini tiada perubahan kearahMU, kami gerun untuk mengingati kembali masa-masa lalu kami,kerana mungkin masa lalu kami lebih baik dr diri kami sekarang ini..kami risau jika kami lebih jauh dariMu..

justeru itu, kami harapkan keberadaan kami kali ini mampu membawa kami selangkah kepadaMU..wahai Ramadhan yang Mulia..pergimu cukup lama..dan pasti kami bakal merasai kerinduan kepadamu..Ya Allah benarkan kami menjadi hambaMU yg mukmin,yg mampu merasai lagi keberkatan RamadhanMU..hadiah yg terindah buat kami,  untuk kami mempersembahkan yg terbaik kepadaMU sbg seorg hamba.

menggunung cinta kami disaat ini, kami mohon, dr MU benarkanlah rasa ini bercambah untukMU..justeru kami merendahkan wajah kami kepadaMU Ya Jalil,lindungilah hati kami dari beralih,jagalah diri kami dari fitnah dunia dan akhirat..sesungguhnya Engkau Maha Mendengar rintihan hamba-hambaMU dan Maha Memakbulkan..amin

Ramadhan..ketahuilah..hati ini amat berat untuk melepaskanmu pergi..