Assalamualaikum..
Salam Jumaat
Penghulu segala hari berkunjung lagi!!
alhamdulillah,
Allah kurniakan lagi kesempatan untuk memburu dan mengutip hikmah dan keberkatan.
selidik Friday's checklist, tak banyak, semoga Allah beri kekuatan untuk selesaikan amalan-amalan yang digalakkaan sepanjang Jumaat kali ni.
yosh!
tajuk entri kali ni, kokokan ayam.
Yang tinggal di kampung atau yang bela ayam jantan tentu selalu dengar kokokan ayam sebelum subuh, sekitar waktu pagi, dhuha dan petang-petang.
yang berkokok ni ayam jantan yang dah matang selalunya, jarang ayam jantan yang remaja berkokok, sebab suara kokokan ayam jantan remaja ni serak2 basah gitu, lucu je bunyinya. hehe.
kadang-kadang ada ayam yang dikurniakan bakat untuk berkokok ala-ala berirama, macam ada tarannum sendiri plak. Pernah ada ayam jantan kt belakang rumah tu yang berkokok dia berharakat, comel dan lucu. asyik tergelak je bila dengar dia berkokok.
*kesian ayam tu,...
tapi yang uniknya, kami tertunggu nak dengar bila ayam ni berkokok, secara tidak sengajanya kami jadi alert dangan time.
dan selalunya dekat2 Subuh dan Zohor dan sekali dekat2 penghujung Asar.
kenapa ayam berkokok?..
ada sebab nya..
dari imej di bawah ni, terjawab persoalan..
justeru, jangan abaikan kokokan ayam, ia ibarat panggilan rahsia untuk mengajak manusia menjemput rahmat Allah dan doa yang dimakbulkan.
sesungguhnya Allah tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia, tersimpan hikmah dan rahsia untuk kita terokai. cuma mereka yang sedar dan mahu berfikir sahaja dapat mengambil manfaat dari setiap sisi kejadian itu. semoga kita tergolong dalam kalangan mereka.
Till then,
have a productive Friday!
p/s: kokokan ayam merupakan alarm yang paling best dan effective bagi aku selepas dengar azan. Dengar pagi-pagi pun tak sakit hati, Bagi aku, mendengar kokokan ayam secara live umpama irama alam yang menenangkan. seyes tak tipu. Alam menyanyi dengan caranya yang tersendiri. Bunyi-bunyi ni lah yang dihasilkan oleh haiwan dan tumbuhan yang berzikir kepada Allah. kita pula bagaimana? Allah..
My reading project is still in progress, alhamdulillah! I have already picked awesome books and I has been reading and learning 'The Alchemist' and 'The Dilemma of Muslim Psychologist' for more than two hours every morning. The feeling while reading these books like I am traveling in time. Really worth it! *I just can't wait to share my review on these books.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan