ichigo

ichigo
Assalamualaikum wahai jiwa yang dicintai Allah, selamat datang, haa..sebelum baca ni, jom selesaikan 5 passwords ni, 1. Baca Basmallah 2. ucap syukur Alhamdulillah atas nikmat Iman dan Islam 3. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w 4.Hadiahkan Al-fatihah buat mereka yang tersayang 5.sedekahkan al-Fatihah buat saya.. :) Jazakillah kheirul jaza'

Sabtu, 8 November 2014

.:New Sakha- Ibu:.

New Sakha -Ibu




Sebening tetesan embun pagi
Secerah sinarnya mentari
Bilaku tatap wajahmu oh ibu
Ada kehangatan didalam hati


Air wudhu' selalu membasahimu
Ayat suci selalu dikumandangkan
Suaramu penuh keluh dan kesah
Berdoa untuk putra putrinya

(Chorus)

Oh ibuku
Engkaulah wanita
Yang ku cinta selama hidupku
Maafkan anakmu bila ada salah
Pengorbananmu tanpa balas jasa

Ya Allah ampuni dosanya
Sayangilah dia seperti menyayangiku
Berilah dia kebahagiaan
Di dunia juga diakhirat


copyright: New Sakha 

p/s: subhanallah, indah sungguh suara adik Novi. Sangat menjiwai lagu ni. 

mak ngah, ummi, abah, adik ying, kwan

Ummi, benar..engkaulah wanita yang ku cintai sepanjang hidupku,

segala jerih payah membesarkan aku dan adik2. luka dan airmata yang ummi lalui, jatuh dan bangun di sepanjang perjalanan yang beronak duri, yang pastinya mencalit luka pada ummi.

aku sentiasa berdoa dan berusaha agar aku mampu untuk menjadi anak solehah buat ummi dan abah. Ummi, aku harap aku seorang anak yang solehah buatmu.

semoga aku dan adik-adikku menjadi penawar buat menyembuhi luka dalam hidupmu

semoga kami menjadi penenang dan penyejuk mata buatmu


Ya Allah, terima kasih kerana mengurniakan seorang bonda seperti Ummi.

Ya Allah, berilah kesempatan kepada kami untuk membahagiakan Ummi dan Abah.

Kasihanilah mereka, rahmatilah mereka, kurniakanlah kebahagian buat mereka di dunia dan di akhirat.

Aminn

#pray4Gaza
#pray4ummiabah
#pray4iium

Tiada ulasan: