bismillah arrahman arrahim..
assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh..
" YA ALLAH, lapangkanlah dadaku, permudahkan bagiku urusanku, dan berilah kefahaman bagi mereka setiap tutur ( penulisan ) ku" AMIN..
ok, terlebih dahulu nak bagi amaran bahawa, setiap illustrasi bagi entri kali ini adalah courtesy to:
Trust Me, I'm a "Psychologist"
https://www.facebook.com/AForayIntoPsychology
in shaa Allah, tinggal lagi tiga hari sebelum aku check-in into IIUM as 4th year student. tinggal lagi dua semester untuk bergraduasi. yes! tapi mendengar luahan sahabat2 dan senior2 yang sudah bekerjaya betapa sukarnya hidup di luar sana, membuatkan diri ini dilanda kerisauan yang bisa membotakkan kepala dan menambahkan wrinkles di muka.
kadang-kadang, peringatan sebegitu tak perlu diambil berat kerana selain menyusutkan otak, perkara ni boleh menimbulkan masalah baru juga, iaitu masalah keguguran rambut..tak pasal-pasal kena p YuMom Hea Kea..duit plak kt situ..haha..kidding2..
throw back ke zaman silam, tidak pernah terfikir bahwa aku mampu berada di UIA sejauh ni. hampir separuh dekad hidup aku di sini. kini, setelah selesai tiga tahun aku sebagai pelajar psikologi, inilah masanya untuk aku bercerita tentang uniknya Psikologi di bumi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ini.
hidupku bermula sebagai Direct Intake student, iaitu pelajar yang masuk UIA terus tanpa perlu belajar di pusat asasi UIA. aku masuk melalui STAM.ustazah-ustazahku expect aku ambik course berkaitan Ilmu Wahyu atau Bahasa Arab, tapi bukan..maaf bonda2 ku..Shahida nak cuba perkara baru..Ye..Psychology course from Human Sciences Department. it is fun subject to be studied plus it is cool by name itself.
majoring in Psychology is not a study to read human mind. penat nak jelaskan kepada mereka di luar sana. macam budak saikoloji ni ada super power je, boleh baca otak.. tapi seyes, saikologi sangat best.
mungkin kerana aku minat sains, maka Psikologi ni mudah untuk aku belajar sebab terlalu banyak perkara baru aku didedahkan.
* Fakta menarik, Psikologi diiktiraf di negara2 luar sebagai salah satu cabang Sains Tulen ( means sama dengan Medic, Bio, Chemistry, Physics and so on), bukan Sains Sosial sepertimana di negara kita. Psikologi semakin melebar sayapnya dan antara profesion yang banyak membantu masyarakat.
antara sebab aku mengambil kursus Psikologi kerana
-aku nak mengenal aku ni jenis macam mana sebenarnya, personality, potensi dan kelemahan
-bantu diri sendiri dengan mengubah behavior ke arah yang lebih baik
tapi kawan2 aku ingat aku perlu beri nasihat dan kata-kata motivasi kepada org lain untuk move forward. dalam bahasa mudahnya ialah Kaunselor. hehe..oh saim-saim ku..andai kau tahu jerih peritku.
tapi, aku jumpa benda ni..urm..menarik :)
ni antara sebab2 yang mungkin bagi mereka yang kurang tahu apa itu Psikologi.
bersambung...
6 ulasan:
Assalamualaikum :) saya nak tnya, kos ni ada cara ke untuk bljr 3 tahun je? i mean, dia macam sistem credit transfer ke ada tak?
Waalaikumussalam warahmatullah wabarakatuh..
Sis Dinizahrah..maaf atas kelewatan maklum balas..dh jrg sgt bukak blog sjak berkerjaya ni..
respons terhadap soalan adik, kos ni mmg blh dipendekkan kpd 3 tahun mcm kawan sy buat. Tp kena fikir betul2, stiap subjek tu ad tahap2 dia sendiri, rancang betul2..
nasihat akak, seeloknya pergi consult lecturer atau academic advisor departmet psychology tu sendiri..pasakkan rasa percaya dan yakin diri sendiri..in shaa Allah adik boleh!!
wish u all the best <3
Salam sis.. Skrg sis berkerja di mana ya? Sbb skrg smua org ckp psikologi ni susah nak dpt kerja. Saya mmg minat nak blajar psikologi di UIA. Mohon penjelasan sis.
waalaikumussalam warahmatullah wabarakatuh, ye dik. alhamdulillah, skg ni kerja kt Putrajaya, walaupun kerja belum lagi dapat yg betul2 specialized psychology, but still dan alhamdulillah, masih dapat aplikasikan ilmu psikologi tu dlam kehidupan seharian.
Even bukan kerja sbg psycholigist dan seanggakatan dengannya, tp kerja akak skg byk dibantu oleh pengetahuan psikologi yang akak belaja dlu. dan masih banyak kerja kat luar sana memerlukan aplikasi psikologi lebih2 lagi apabila demand sekarang melebihi ap yang kita blh supply,
bila kita berkerja kerana Allah tambahan amalkan ilmu psikologi,ia memberi impak yang baik kepada kita terhadap apa jua yang kita akan buat dan yang sedang kita lakukan. contoh, emotional control bila berhadapan dengan orang yang berlainan dengan prinsip dan teras kita. kita akan observe dan analyze before we take an action. sedikit sebanyak psikologi mengubah sudut pandang kita terhadap sesuatu yang biasa kepada yang lebih positif. In shaa Allah.
in shaa Allah penyataan ringkas ni dapat membantu adik terhadap persepsi adik terhadap psikologi. proses belajar itu sepanjang hidup, tapi yang lebih baik daripada itu adalah berapa byk ilmu yang dapat kita amalkan yang mampu memberi manfaat kepada kita dan orang sekeliling.
akak mohon maaf kerana mengambil masa yang agak lama untuk membalas soalan sis..
May Allah bless us..
Saya lepasan pelajar STPM sastera dgn memperolehi pointer sebanyak 3.17 sahaja dan mula tertarik pada bidang ini semasa belajar di form 6. Tapi saya tak yakin yang pointer saya ni mampu mendapat tempat di IPTA.. Berapa tinggi pointer yang diperlukan untuk belajar dalam bidang ini?
Catat Ulasan