ichigo

ichigo
Assalamualaikum wahai jiwa yang dicintai Allah, selamat datang, haa..sebelum baca ni, jom selesaikan 5 passwords ni, 1. Baca Basmallah 2. ucap syukur Alhamdulillah atas nikmat Iman dan Islam 3. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w 4.Hadiahkan Al-fatihah buat mereka yang tersayang 5.sedekahkan al-Fatihah buat saya.. :) Jazakillah kheirul jaza'

Rabu, 12 November 2014

::Graduasi::

Bismillah..


alhamdulillah..secara rasminya, aku telah pun sebulan bergraduasi dari menara gading kesayanganku. yeay~

 UIAM ni bukanlah berkonsepkan Ivory tower,

 tapi sebuah taman,

yang luas terbentang,

yang bebas dan hidup,

hijau dan tenang,

yang sudah pasti akan kukenang,

itulah UIAM ,Taman Ilmu dan Budi

The Garden of Knowledge and Virtue

*logiknya,aku terbayang sebuah taman spt yang kat overseas' uni, bersepah-sepah students baca buku bawah pokok, tapi sayang, budaya itu belum lagi wujud disini.
  
alhamdulillah,

tak sangka, impian ketika berumur 9 tahun untuk jadi pelajar UIA jadi kenyataan.

semua ni bermula 
setelah meminati kumpulan nasyid IN-TEAM

ala yang nyanyi lagu kasih-kekasih tu..
kan video klip dorang kan dirakam kat tangga besar tu.

masa tu UIA masih baru dan cantik.
*banyak pulak tu aku

tertarik dengan senibina, kubah biru dan batu bulat yang besar dalam video klip mereka.

haha,tetiba rasa macam skali lagi aku tersalah pilih kos,
aku rasa sepatutnya ambil KAED
Kulliyyah of Architecture and Environmetal Design.

sebab sejak kecil lagi aku suka pada bangunan dan dekorasi bandar..kot
kecik-kecik dulu suka sangat melukis,
tapi sejak member time childhood aku kata yang lukisan tu semua akan hidup suatu hari nanti dan mereka tu akan datang dan sedut nyawa aku, dan nyawa aku jadi sikit, dan aku pun mati.
*masa tu kurang cerdik lagi, igt nyawa tu macam angin dalam belon.

dia siap pesan lagi, kalau melukis tu, kene pangkah kat leher, baru dia tak datang sedut nyawa,
so, setiap kali aku melukis, aku akan pangkah kt leher lukisan tu, 
even orang lidi pon.

tapi sungguh buruk 'pangkah' itu
lukisan aku pun dah jadi buruk sangat

 aku pun stop melukis.
even lukis orang lidi pun.

sengal jugak member , tapi yang aku plak yang p percaya tu buat ap?
terkubur bakat semulajadi ku..sobss
-_-


 hidup sebagai pelajar UIA memang best,
*nanti ada masa aku citer..

untuk urusan graduasi shj,aku telah 3 kali datang ke UIA.

1st untuk Clearance
2nd untuk collect robe
3rd untuk Conferment of Degree

1st Phase: Clearance

disebabkan excited,aku datang awal, minggu kedua selepas Eid Fitri tu aku dgn K.Shah dah ada kat UIA. Menginap di bilik Awanis, alhamdulillah kebetulan ada dua compartments kosong. Terubat rindu kat femli kecil MRC ni. Macam-macam ragam, penat nk gelak, even sebelum lelap pun sempat lagi melawak. kalau dengan dorang ni takkan dapat tido awal punye. stori-mori mcm drama bersiri.

untuk buat Clearance ni ad 4 tempat wajib kne settle. tak perlu panggil abang long kawasan or Abang Long Fadhil, sbb staff2 yg kami jumpa smuanya baik-baik.

ok, here we go..

1.Mahallah Office -bawa Matric Card (cek dgn staff ofis kot2 ad compound yang x byr lagi)

2.Library- bawa Matric Card ( cek juga kalau ada buku yang tak dihantar atau hutang yang belum dijelaskan)-selesai
= kalau yakin yuran semua dah bayar dan hutang-hutang semua dh settle, terus p bank Muamalat bayar RM 130.00, untuk bayaran graduasi. resit forward to finance.

3.Finance- hantar resit bayaran graduasi rm130.00 tu, nanti sister kaunter akan key-in.

4.AMAD- ambil Q number, ( ambil academic full transcript ) tunggu dalam 10 minit, depends pada keadaan, kalau ramai, kena la tgu lama sikit. Dapat je jangan plk terus blah, cek dlu kot2 la tersalah kt mane2. time ni la nk jd inspector or typing checker.

*5.STADD- sebelum p Stadd, beli dulu envelope A4 size and setem RM1. tulis nama sendiri  dan alamat rumah pada envelope tu, dan tampal setem. hantar kat kaunter STADD. sebelum hantar tu kena isi form request for co-cu full transcript. bagi skali dengan envelope kpd kakak kaunter tu. ( diorng akan poskan dan in shaa Allah dalam masa sebulan sampai la)

okeh dah, selesai checkpoints untuk clearance.
yeay!! alhamdulillah..bila cek kat portal, selesai suda urusan clearance.

balik..sebelum balik Kelantan, singgah Balok,Kuantan, Pahang
*tunggu la bila rajin sy buat throwback

2nd phase: Robe Collection

datang balik UIAM, kali ni aku datang sorang, tak janji dengan sesapa dan tak cakap kat sesapa. sebab aku tak nak terikat. tapi akhirnya aku cakap jugak kat K.Shah, Zati n Asma. hehe. Menumpang kt bilik junior kt Hafsah, ye..mahallah tempat aku membesar. Hatiku di Hafsah suda bah.

Robe collection ni ad dua sesi

sesi pertama 27-29 Sept 2014
sesi kedua 8-10 Okt 2014 (11-13 Okt hari pengijazahan)

sengaja datang awal sebab nak selesaikan urusan isi Tracer Study ni. Tracer Study ni wajib, kalau tak, tak dapatlah jubah konvo tu.

Tracer Study ni ada dua, IIUM dan MOHE. dua-dua wajib jawab. soalan senang tapi sangat la banyak. nasib baik la dia tak locate duration tertentu.

aku jawab Tracer Study tu pun smbil surf benda lain, tak nak bagi bosan dan stress. nak-nak lagi bahagian short answer. short tu ibarat karangan summary dah bagi aku. kering otakku di'spin'nya.

tengah elok-elok jawab, tetiba rasa macam nk turn around, haaa..K.Ain !! dan...perutnya yang makin membesar. hik hik.. baby dah membesar, 8 bulan stgh dah..kejap je masa berlalu, rasa macam bru je K.Ain kawen ..

teman K.Ain isi Trace Study, smbil tu cek Seating Arrangement yang bru released.

Sitting arrangement ni untuk dalam dewan nanti dan graduands disusun mengikut department kemudian mengikut pengkhususan, barulah dibahagikan ikut dua kumpulan. Kumpulan yang ada bintang dan tidak berbintang.

Yang berbintang ni dihadapan mengikut gender diikuti yang tak berbintang. dan mengikut alphabet.

contoh: *Azwan *Khalil  *Aishah  *Shazwani --- Aaron  BetoKhushairy  Aishwarya  Lisasurihani

dan yang berbintang ni ada plak yang dua bintang dan satu bintang
**cgpa ; 3.59>
*cgpa ; 3.59-3.00
 ****
haa...

esoknya, pada 27hb sept, dalam pkul 9 jgk la gerak, sbb CAC bukak jam 8.30pagi untuk collect robe tu.

dari jauh lagi dh kelihatan ramai orang..huh..ni dah kira awal ni. rupanya, ramai lagi yang datang lebih awal.

tahu-tahu mereka-mereka semua ni dah sampai dalam pkul 8 lagi.

masuk-masuk terus Q ambil number kat kaunter. lepas tu tunggu la number appears dlu kat screen untuk masuk ke bilik robe collection.

saiz robe aku yang pasti xs, dah aim sejak tahun lepas lagi, time tu aku datang sini teman Syazlin ambik robe, jadi, aku join skali time nk try on jubah tu. xs sealed, tp kalau ad xxs lagi cun sebenarnya.
*yosh!

time ni la jumpa balik geng-geng yang sama batch, yg jumpa time register and awal-awal masuk UIA dulu, tak sangka jumpa balik kat sini. apalagi, selpi la kita pon. Ramai dah yang bertukar status. Masing-masing pakat update and throwback pasal life. terasa muda 5 tahun bila jumpa dorang.

Wani sampai, teman Wani Q skali, sambil borak pasal life and 4S1N. Wani tunjuk isu-isu yang kt 4s1n pye wasap. menurut Wani, pelapor 4s1n yang bertauliah, yang tak boleh blah bila citer pasal Sy....n. minat sangat la wang ke Sy....n ni. justeru itu, kami hadiahkan satu pic Sy....n yg kebetulan ada berdekatan kami ketika itu kepada geng 4s1n.

keesokan harinya, aku datang lagi ke CAC, teman Izzati, K.da, Asma dan K.Fatinah ambil robe. yang best nya, pada hari kedua collect robe ni, sangat la beza dari semalam. Lengang. untung sahabat-sahabat aku ni, tak perlu habiskan masa dan tenaga beratur lama-lama.

usai ambil jubah, perut start keroncong, kne bekpes ni. jadi, ke HS la kita. Terasa ukhwah tu dekat sangat dihati bila makan suap-suap dengan sahabat-sahabat macam ni. seyes tak tipu.

alhamdulillah, selesai bekpes, nak pre-convo fotosut plak..haha 

maka berhasillah satu siri artwork yang lejen. sangat puas hati dengan gambar2 tu semua. thanks kawan-kawan sebab sudi posing maut. haha!



balik Kelantan,

jubah..habis lunyai aku kerjakan, bergambar pye pasal. Fotosut paling best kat pantai dengan adik-adikku. macam-macam gaya dan expresi. tu belum semua berkumpul.hik ;)



3rd phase: Conferment of Degree

and again, aku datang ke UIA, tapi kali ni merantau bersama abah, ummi dan adik bongsuku ke KL. stay kat rumah mak sedara kat Serdang Perdana smalaman sebelum my C-day.

memandangkan IRKHS jatuh pada sesi petang, jadi, kami bertolak ke UIA agak tengahari, ramai sudah yang berjubah, berfotosut merata-rata, aku je yang tak dress up lagi. isokei, still have time.

invitation card bagi kat ummi, tu sbg pass masuk untuk dua orang ke dalam dewan.

aku plak bawa phone, gula-gula dan multimedia card. tak payah risau pasal nk simpan semua tu dalam poket mana, sbb jubah ada hood, so, simpan je dalam tu. bijak jugak UIA bagi hood mcm ni. ada secret function rupanya.

sebelum masuk dewan tu, beratur kemain lama, dh selesai selpi-melpi bagai dah sampai ada yang dah merah mata tahan dari berkedip time selpi. committee pun banyak kali berulang alik. Committee macam tak senang duduk je melihat budak-budak nak grad ni. lagaknya seperti konvokesyen tadika, calling out names one by one, betulkan barisan, suruh kitorang diam. haha. Mana tak nye, event tahunan UIA, big day macam ni kne pastikan semuanya organized and everything go with smooth sailing. even semua dh besar, tp pengawasan dan back up plan tu kne standby.


ha..konvo kali ni ada sorang sister yang mortar board dia terjatuh, time dia nk tunduk hormat. nasib sempat tangkap, siap dipakaikan balik oleh pemberi ijazah lagi. dr insiden tu, committee pinkan mortar board tu pada tudung setiap graduan sister.
*ye la, takkan brother plak kan..nak pinkan mortar board tu dengan apa nanti.

keluar dewan dah hampir jam 6.30 ptg, keadaan luar dewan dah gelap dengan angin membawa utusan bahawa hujan akan turun. tak sempat nak tangkap gambar banyak-banyak. sempat tangkap muat je.

kesesakan teruk berlaku di main gate menyebabkan abah dan ummi tak dapat menghantar aku untuk pulang ke mahallah.

tak dapat juga aku poskan barang-barang yang masih berbaki di UIA ni untuk dibawa pulang ke kampung.

Stay kat UIA agak lama, uruskan hal-hal tertunggak sambil tgu member-member untuk hantar jubah skali.

sebelum hantar jubah tu, sempat lagi p FRIM and Bukit Tinggi, Pahang



berpost-convo fotosut di sana

19th Okt 2014, dijadualkan jam 4 ptg last hantar robe, tapi masih kelihatan graduan-graduan syok berposing  di sekitar Main Gate, Main Stairs n fountain walaupun jam menunjukkan jam 3.45ptg.
*selesai hantar jubah tu pun dh dekat pkul 5 ptg, tu pun masih ada lagi yang baru masuk CAC nak hantar..

sayang betul nak lepas jubah tu ye.. :)

baiklah, setakat ni dulu..moga bermanfaat 


#donewbachelordegree
#pray4Gaza
#pray4all







Tiada ulasan: