iaitu telur ayam dan gula
picture custody from Google image
Meringue yang putih-putih kapas
tipsnya ialah :TELUR AYAM
-mesti bersih dan dalam keadaan suhu bilik,
- asingkan putih telur dari kuningnya..pastikan tiada sedikit pun kuning telur melekat
*tips tambahan: cara mudah mengasingkan putih telur dan kuning telur:
1. pecahkan telur ke dalam mangkuk, buang punat ( gumpalan putih susu) yng melekat pada kuning telur, untuk menghilangkan hanyir telur tersebut)
2.ambil seniji botol minuman plastik kosong ( pastikan bersih dan kering)
3. tekan botol tersebut sambil menghala ke arah kuning telur
4. bila kuning telur dah kena kat mulut botol, lepaskan tekanan..dan wow!!
5. kuning telur masuk dengan sendirinya ke dalam botol, meninggalkan putih telur dlm mangkuk sendirian.
GULA
-mesti sangat halus supaya mudah hancur ( kalau tak, kena pukul lagi lama, takut nanti terlebih pukul, meringue jadi bantat.
-masukkan sedikit demi sedikit ketika dipukul, selang selikan..tapi boleh je pukul putih telur dengan gula sekali gus.
MIXER dan BOWL
-pastikan kering dan tidak berminyak..( sangat penting!!)
-bersih dari DEBU dan segala jenis kekotoran ( lagi penting, kebersihan itu antara syarat makanan HALALAN TOYYIBA)
*pukul sekuat hati, laju-laju sampai meringue tu ringan pada fizikalnya, tapi kalau teksturnya tak ringan tak pe.. asalkan bila terbalikkkan bowl tu, adunan meringue tak mengalir atau jatuh.
~sedia untuk dibakar pada suhu 140'C, dalam 10 minit je..but depends pada ketuhar memasing ok?
picture custody from Google Image
yang ni kene api sikit-sikit, cantik gak..
moga bermanfaat dan selamat berjaya :)
selawat banyak semasa pukul tu, niatkan supaya makanan ni dapat menambah rasa syukur dan mengerat rasa cinta sesama ahli keluarga. bestnya dapat conquer dapur dan try resipi baru tp lagi nikmat makan masakan ummi di rumah..
rumahku syurgaku
love parents and my siblings..may Allah showers us with joy and successful dunya wal akhirah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan