ichigo

ichigo
Assalamualaikum wahai jiwa yang dicintai Allah, selamat datang, haa..sebelum baca ni, jom selesaikan 5 passwords ni, 1. Baca Basmallah 2. ucap syukur Alhamdulillah atas nikmat Iman dan Islam 3. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w 4.Hadiahkan Al-fatihah buat mereka yang tersayang 5.sedekahkan al-Fatihah buat saya.. :) Jazakillah kheirul jaza'

Khamis, 5 September 2013

Tips: meringue yang cantik dan gebu

haa.. tahu tak meringue tu apa? ia merupakan sejenis pencuci mulut dari Eropah, hanya menggunakan dua jenis bahan sahaja.. senang, je..godek-godek kt dapur, konfem ad dua bende ni..

iaitu telur ayam dan gula

picture custody from Google image
 
Meringue yang putih-putih kapas
tipsnya ialah :

TELUR AYAM
-mesti bersih dan dalam keadaan suhu bilik,
- asingkan putih telur dari kuningnya..pastikan tiada sedikit pun kuning telur melekat

*tips tambahan: cara mudah mengasingkan putih telur dan kuning telur:
1. pecahkan telur ke dalam mangkuk, buang punat ( gumpalan putih susu) yng melekat pada kuning telur, untuk menghilangkan hanyir telur tersebut)
2.ambil seniji botol minuman plastik kosong ( pastikan bersih dan kering)
3. tekan botol tersebut sambil menghala ke arah kuning telur
4. bila kuning telur dah kena kat mulut botol, lepaskan tekanan..dan wow!!
5. kuning telur masuk dengan sendirinya ke dalam botol, meninggalkan putih telur dlm mangkuk sendirian.

GULA
-mesti sangat halus supaya mudah hancur ( kalau tak, kena pukul lagi lama, takut nanti terlebih pukul, meringue jadi bantat.
-masukkan sedikit demi sedikit ketika dipukul, selang selikan..tapi boleh je pukul putih telur dengan gula sekali gus.

MIXER dan BOWL
-pastikan kering dan tidak berminyak..( sangat penting!!)
-bersih dari DEBU dan segala jenis kekotoran ( lagi penting, kebersihan itu antara syarat makanan HALALAN TOYYIBA)

*pukul sekuat hati, laju-laju sampai meringue tu ringan pada fizikalnya, tapi kalau teksturnya tak ringan tak pe.. asalkan bila terbalikkkan bowl tu, adunan meringue tak mengalir atau jatuh.

~sedia untuk dibakar pada suhu 140'C, dalam 10 minit je..but depends pada ketuhar memasing ok?

picture custody from Google Image
 
 yang ni kene api sikit-sikit, cantik gak..

moga bermanfaat dan selamat berjaya :)

selawat banyak semasa pukul tu, niatkan supaya makanan ni dapat menambah rasa syukur dan mengerat rasa cinta sesama ahli keluarga. bestnya dapat conquer dapur dan try resipi baru tp lagi  nikmat makan masakan ummi di rumah..

rumahku syurgaku

love parents and my siblings..may Allah showers us with joy and successful dunya wal akhirah


Syawal

bismillah ar rahman ar rahim..

assalamulaikum warahmatullah wabarakatuh..

tinggal 2 hari sahaja lagi, Syawal pula bakal menyusul untuk pergi..

alhamdulillah, dan tahniah buat hamba-hamba Allah yang mensyukuri nikmat Syawal dengan menyempurnakan ibadah puasa enam. ganjarannya ibarat puasa setahun.

Ramadhan telah berlalu, tekadkan azam untuk membuat persiapan menyambut Ramadhan, berubahlah demi Allah, demi diri sendiri..KERANA ;


Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka sendiri yang mengubahnya (ar-Ra'd : 11)

sungguh, melakukan perubahan, menginjak dari satu titik ke satu titik is not an easy task, kerana itu memerlukan kekuatan untuk keluar dari zon selesa, zon sendiri yang tidak akan memberi manfaat kepada diri sendiri mahupun orang lain. kekuatan perlu dicari, perlu diusahakan. namun, untuk kuat memerlukan mujahadah.

Muslim yang kuat lebih disukai Allah berbanding Muslim yang lemah (hadis)

Diriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'Anhu, Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda,
الْمُؤْمِنُ الْقَوِىُّ خَيْرٌ وَأَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنَ الْمُؤْمِنِ الضَّعِيفِ وَفِى كُلٍّ خَيْرٌ احْرِصْ عَلَى مَا يَنْفَعُكَ وَاسْتَعِنْ بِاللَّهِ وَلاَ تَعْجِزْ وَإِنْ أَصَابَكَ شَىْءٌ فَلاَ تَقُلْ لَوْ أَنِّى فَعَلْتُ كَانَ كَذَا وَكَذَا. وَلَكِنْ قُلْ قَدَرُ اللَّهِ وَمَا شَاءَ فَعَلَ فَإِنَّ لَوْ تَفْتَحُ عَمَلَ الشَّيْطَانِ
"Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun masing-masing ada kebaikan. Semangatlah meraih apa yang manfaat untukmu dan mohonlah pertolongan kepada Allah, dan jangan bersikap lemah. Jika engkau tertimpa suatu musibah janganlah mengatakan, "Seandainya aku berbuat begini dan begitu, niscaya hasilnya akan lain." Akan tetapi katakanlah, "Allah telah mentakdirkannya, dan apa yang Dia kehendaki Dia Perbuat." Sebab, mengandai-andai itu membuka pintu setan." (HR. Muslim)

Allah...

kurniakanlah kekuatan untuk terus melangkah, peliharalah hati ini , peganglah hati ini, jangan Engkau bolak balikkan ia.

sesuatu yang tidak dipinta sekali sekala datang menyapa, mungkin untuk melihat teguhkah pegangan kita, kuatkan ikatan hati ini pada Allah..

Ya Latif..Ya Aziz.. Ya Jabbar.. Ya Mutakabbir..

bagaimana iman ku setelah hampir sebulan keluar dari Tarbiah Ramadhan..? apakah insan bernama Shahida ini kuat untuk menempuh hari-hari mendatang? 

Ya Allah.. di saat ini aku terasa lemah..aku sangat perlukan sapaanMu..Engkau Maha Kekal, sentiasa ada, jangan biarkan aku sendiri tanpa Mu Ya Allah.. 

aku rindu Ramadhan yang lalu, aku rindu sentuhan kalbu, aku rindu alunan suci, aku rindu malam misteri..aku teramat rindu Ya Allah..Aku rindu tempat asalku, tapi..aku takut akan balasan terhadap dosa aku. Dosa hati. Allah, astaghfirullah, innallah kana tawwaba..
 

Syawal bulan ke kesepuluh dalam kalendar Hijri. hikmahnya bulan ini adalah dapat menyatukan silaturrahim.

menyambung dan mengerat silaturrahim adalah salah satu Rahmat dari Allah dan cabang rezeki dan kunci bahagia.

Syawal bulan anugerah untuk silaturrahim dan bermaaf-maafan. yang jauh didekatkan, yang dekat, dieratkan ..

~ al fatihah buat arwah cikgu Othman, guruku ketika sekolah rendah..takziah buat kawan sekolah, Q.. semoga Q sekeluarga tabah atas pemergian ayahnda, dan semoga roh cikgu di tempatkan bersama orang-orang soleh..alfatihah..

in shaa Allah. aku , kamu akan menyusul. peringatan buat diri sendiri yang sering lupa..semoga Allah redha

* cinta Allah itu luas, jika Dia ambil kita hari ini, maka tiada esok untuk kita melakukan dosa..istighfar selalu, taubat jangan dilupa, usaha dan serahkan segalanya kepada Allah

* lets do our best, lets Allah decides the rest :) Have Faith and Trust to Him.. Tuan punya Alam dan seisinya..Dia pemilik aku yang MUTLAK..ALLAHU RABBI


 

Tips : memilih telur ayam

assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh..

in shaa Allah, nak kongsi sikit ilmu yg Allah rezekikan buat Shahida, terima kasih Ya Allah. mungkin ramai yang dh tahu, tapi apa salahnya nak jadikan ilmu ni satu honorium untuk blog yg agak kosong ni.

Jumaat lepas yakni 30 Ogos 2013, My lovely mother, ustazah Zahariah, suggest her intention to have a shop at TESCO in KB, jadi sah-sah la My handsome abah kne ikut, coz my mother takut nk drive memalam..sy plak ad lesen tapi cliche,lesen mati plus, dh lama x drive, so dh jadi ketaq lutut nk tekan minyak..

the story begins when time shopping tu la Shahida ikut je kt belakang ummi, seperti iklan di TV, setiap ibu mahukan yang terbaik buat anak-anaknya, jadi ummi spt ibu2 yg lain, bila membeli barang, memilih to get the best really takes time. sebab ummi pegang pada perinsip, Alah Membeli, Menang Memakai..jangan sia-siakan apa yang kita beli, ia satu kerugian dan pembaziran jika kita hanya mengeluarkan wang untuk sesuatu yang tidak memberi manfaat kepada kita.

okay, kembali kepada topik asal, cara-cara memilih telur ayam ( telur itik dan telur puyuh tolak tepi dulu)

telur ayam dalam rakit tu perlu:

1. kemerah-merahan, (yang warna hampir2 putih means telur yg lama)

2. tidak melekat pada rakit ( nanti telur mudah pecah apabila nak diambil)

3.telur tidak berbau ( jika ada bau busuk, means telur itu dh lama )

4.harga berpatutan ( nanti lari bajet)

tips tambahan :  telur dimasukkan ke dalam air, jika tenggelam mengiring = telur masih baru..dan  jika telur timbul setelah dimauskkan ke dalam air maknanya telur lama yg mungkin dh nk busuk


there always a valuable lesson learns when we start something with good intention.

moga bermanfaat :)

Pray for Egypt





Sabtu, 25 Mei 2013

Bukit Tinggi & Genting Strawberry~ wuhuu

noumu-noumu-noumu-noumu cukkaiyyo <3 <3 <3

subhanallah...cantik dan indah aturan dan ciptaan Allah..alhamdulillah. ;)

.:1 Mei 2013 :.

kenangan tercipta, antara aku, K.Ain dan Syazlin.tengok title pun dah tahu ke mana kami telah menjejakkan kaki.YEAH!! Ke FRANCE!! tapi bukan di benua Eropah atau di planet Venus..tapi di Malaysia. :D

saat para pekerja bercuti, aku,K.ain dan Syazlin terkedek-kedek meng'explore' kampung ala-ala Perancis itu.alahai, memang cantik senibina bangunan di situ. Nasihat saya satu,bawalah kamera yg fully charged and empty files. tangkap gambar sepuas-puasnya. kat situ utk sesi fotografi sgt sesuai. kalau sekadar jalan-jalan tu, tak berbaloi sgt la.

dari kejauhan, ia melambai-lambai.. >.<
Misi kali ini _mencari di mana Merlin bersembunyi.

Jumaat, 24 Mei 2013

you make my life meaningful..FRIENDS part 1

huh! dh hampir setahun aku biarkan diari maya ni berhabuk,tak disentuh bahkan jauh sekali ditulis.banyak perkara yang ingin ku abadikan disini.teramat banyak.hurrmm..bagaimana mahu mula ye?
okey la, untuk entri kali ni aku nak sangat tulis tentang kawan-kawan yang ku kenal. Allah hantarkan mereka untuk menjadi antara insan yang sangat bermakna dalam hidupku,mencoret kenangan bersama dan secara tidak langsung aku dapat mengenali lebih dalam siapa diri aku yang sebenarnya.

Ayu & Ain
Ruhiyah,K.Ain,K.Z & K.Akmal

sungguh setiap dari mereka sangat istimewa,terlalu istimewa. merekalah kawan, sahabat, teman dan juga guru buat aku. (gambar dari galeri experiment 5, sem2, 2013/2014)

setiap dari mereka ada keunikan tersendiri, yg membina personaliti mereka, dan dari perbezaan itu, tercipta momen-momen yg indah dan pelbagai. p/s: andai ditakdirkan korg terbaca entri ni, mohon sgt korg jangan marah atau gelak..hehe =,=

K.Yusra
K.Mashitah & K.Zahidah
terima kasih ya Allah kerana menghantar mereka, sebagai watak yg mencipta jalan cerita dalam episod kehidupanku.terima kasih kawan :)