Bismillah ar-Rahman ar-Raheem..
Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh
Alhamdulillah 'ala kulli hal
Pagi tadi terlintas nak buat ujian menaip. Puncanya ialah,..*perlahan-lahan pandang ke atas dan tiba-tiba kepulan awan terbentuk, ditemani suara penglipur lara memulakan kisah*
Suatu hari yang indah beberapa puluh jam yang lalu, tengah tekun ni isi borang permohonan kerja agensi kerajaan, tetiba ada satu seksyen dinamakan UJIAN TRENGKAS and *I was like O.o?* *terlopong seketika*
okey, jom kita kaji definisi trengkas ni sekilas,
Menurut Kamus Dewan (2002), trengkas : kaedah menulis dengan cepat dengan menggunakan coretan yang mudah atau simbol-simbol lain sebagai menggantikan huruf, perkataan atau frasa.
ilmu trengkas: pengetahuan mengenai kaedah menulis dengan cepat, stenografi.
mengambil trengkas: membuat catatan sesuatu yang direncanakan (spt surat dsb) dalam tulisan trengkas.
Skill ni penting terutama yang bercadang dan berminat untuk menceburi bidang berkaitan kerja pejabat, kesetiausahaan khususnya. Ujian ini bertujuan untuk mengenalpasti kemahiran dan kepantasan menaip perkataan atau ayat dengan ejaan yang tepat dan betul dalam tempoh masa yang tertentu.
Jadi, jom terokai tahap menaip kita takat mana, boleh test melalui link kat bawah ni:
http://10fastfingers.com/typing-test/english
15-30 perkataan setiap minit (15p.s.m - 30p.s.m) biasanya tahap yang diperlukan lulus ujian ni. Tetapi tertakluk kepada jawatan dan majikan juga.
Kemahiran ini memang menjadi keperluan, jika dilatih dan kerap dilaksanakan, ia boleh menjadi kelebihan sekaligus meningkatkan tahap keyakinan diri.
Semakin banyak perkataan yang dapat ditaip dalam seminit, semakin tinggi nilainya di mata majikan.*agak-agak je ni, hehe >,< . Secara logiknya, makin banyak perkataan yang mampu ditaip dalam seminit, makin cepat kerja bertaip dapat disiapkan.
mode: target 60 words per minute (hoho), makanya, sila tingkatkan usaha, perlu latihan yang padu, taip selagi mampu.