ichigo

ichigo
Assalamualaikum wahai jiwa yang dicintai Allah, selamat datang, haa..sebelum baca ni, jom selesaikan 5 passwords ni, 1. Baca Basmallah 2. ucap syukur Alhamdulillah atas nikmat Iman dan Islam 3. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w 4.Hadiahkan Al-fatihah buat mereka yang tersayang 5.sedekahkan al-Fatihah buat saya.. :) Jazakillah kheirul jaza'

Ahad, 27 November 2011

Maafkan Teman_ FarEast


Hembusan bayu yang bertiup
bersama deruan ombak
yang memukul pantai
hatiku sayu bila mengenangkan
perpisahan yang tak diundang

bertahun kita melangkah bersama
sela cita-cita buat bekalan ke sana
harapan ayah bonda janji pada agama
kita kan terus mara biarpun
badai yang datang melanda
kita hanya mampu berusaha
hanya Allah menentukannya
segalanya adalah hak milikNya
dalam berusaha kita diuji
kekadang tohmah kita dicaci
diturutkan rasa hati
ingin dilepaskan beban ini

mujur ada teman membantu
sokonganmu buat inspirasi
berpeganglah pada janji kita yang dibina

semoga kita kan dirahmati..
oh..teman

Lagu,lirik: Ahmad Fadzli Bakar
BMG Publishing (M) Sdn. Bhd.

Sabtu, 26 November 2011

.:shinozuke:.






balik raye haji ke kg ku yang indah, Rantau Panjang, Kelantan baru-baru ni amat membuatkn aku rase teruja (my heart is jumping)
lame x jumpe org kampungku, ape agaknye citer diorang skg ye?

Aku ngan membe aku dpt tiket malam raye kot..almaklum, tiket for 2 days b4 raya already sold out..bertolak dari kampus pd jam 8.45 mlm ke Greenwood bersama membe, Zu.. naik bas lam kul 10.30mlm..setelah cuak menunggu..

7 jam kemudian...

Orang kampung!!! here i'm back~ yay! alhamdulilah selamat jua sampai ke negeri Che Siti Wan Kembang ni.

pintu rumahku dikuak, melangkah aku kedlmnya dgn penuh kehairanan.. "famili aku ni sambut raye haji ke? raye puasa?"aku bermonolog..

tgh syok melangkah maju kehadapan tiba2 sesuatu datang menghampiriku..si pendek, berkaki ketot dan.... memang pendek la..bersuara penuh manja dan konfiden...mmmiaauuoowww~

wa~~ipputa~comel sesgt..
dia adalah seekor harimau yg disumpah menjadi kerdil dan pendek dan ketot..muahaha..
kata Yusrin,adik bongsuku a.k.a adik kicikku( baru darjah satu).."ini kucing namanya Shinozuke"..aku:"mak aih..name Jepun,name kartun ape yg dia amik ni?"

katanya lagi, "Aliya (adikku yg ketiga,anak keempat)yg letak name ni,,sempena nama Shin Chan.."
aku:"Eii..tak senonoh la Shin Chan tu..bak la kartun len,keluangman ke, usop santorian ke,bola kampung ke, upin ipin ke, boboiboy ke.."
adikku diam,buat x layan aku yg mcm dh tgh membebel sorang2 kt dia..setelah itu barulah aku p solat subuh meninggalkan Yusrin yg masih bertempek ai liur basi kt muka tu..

jadi skrg,ahli keluarga aku bertambah lg..dh jadi 12 org(org? what suitable term then should i use?)..wah..ramainye..yup! the more the merrier!!! aku suke~ perasaan pelangi mewarnai hatiku saat pertama kali melihat Shino menghampiriku pada pagi itu..thanks Shino for coming into my family and be one of us..u r the 12th..

my one week vacation for raye haji sgt bermakna kali ini kerana setiap hari kami beraya sama ada ziarah rumah saudara mara , balik ke kampung nenekku yg tercinta dan pergi ke tempat kegemaranku sejak aku kecil (pantai seri tujuh) n melayan keletah Shino..thanks to Allah for giving me all these wonderful experience..thanks to my beloved parents, siblings and cousins for being sporting..kehkehkeh..

adik-adikku yg ketiga bongsu and below dpt nickname baru, Hanun= Hachan, Najihah= Nachan, Yusrin= Yuchan..(nasib bek xde name Bella..klu x..korang tahu ape jd kn?)..gurau aja..

pic ni diambil mase kt rumah nenekku yg tercinta,,si Shino temankan aku kt dapur,waktu tu aku sedang menggoreng jemput-jemput dan keropok as side dish utk sarapan keluarga,tgok die sdg beraksi comel,aku terus p ambil kamera setelah selesai tugasku as chef asst..menggoreng je pun..ahaks..

p/s: Shino is being really lazy lately since everything and everyone has come to him..(praying that Shino will not become a fat cat)
mode: happy tapi risau @,@

Muharam 1433H


satu Muharam detik permulaan,
perkiraan tahun Islam hijrah,
perpindahan Nabi dan ummat Islam,
dari kota Mekah ke kota Madinah,

atas keyakinan dan iman yang teguh,
kaum Muhajirin dan Ansar bersatu,
rela berkorban harta dan nyawa,
demi menegakkan Islam tercinta,

Hijrah itu pengorbanan,
Hijrah itu perjuangan,
Hijrah itu persaudaraan,
Hijrah membentuk perpaduan,

oleh itu mari semua,
kita sambut Maal Hijrah,
tingkatkan semangat,
tegakkan syiar Islam untuk sepanjang zaman.

Assalamualaikum, salam Maal Hijrah,
Alhamdulillah, kita melangkah lagi ke tahun baru Islam.(tahun ni 1433 Hijrah )
dimana sejarahnya bermula pada tarikh ini..

Hijrah

menyingkap semula labuhan sejarah yg ditinggalkan oleh Junjungan besar dan utama, baginda kesayangan dan penghulu sekalian umat,,Nabi Muhammad SAW, peristiwa penghijrahan baginda bersama muslimin membawa perubahan besar terhadap agama Islam.

hijrah itu sendiri membawa pelbagai pengertian kepada umat Islam, sama ada penghijrahan secara fizikal mahupun spiritual. dari keburukan kepada kebaikan, dari kejahilan kepada pengetahuan,dari perpecahan kepada perpaduan, dari kegelapan kepada cahaya, dan dari kesesatan kepada kebenaran.

hadis tentang hijrah:


عن أمِيْرِ المُؤْمِنِيْنَ أبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الخَطَّاب رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ ا للهِصلى الله عليه وسلم یَقُولُ: (( إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ كانَ هجْرَتُهُ إِلىَ اللهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إلى اللهِ ورَسُولِهِ وَمَنْ كان هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا یُصِيْبُهَا أَوِ امْرَأَ ةٍیَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ)) . رواه إماما الحدثين أبو عبد الله محمد بن إسماعيل بنإبراهيم بن المغيرة بن بردزیة البخاري، وأبو الحسين مسلم بن الحجاج بن مسلم القشيريالنيسابوري في صحيحيهما اللذین من أصح الكتب المصنفة

maksudnya:
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.
Hadis ini diriwayat oleh dua orang Imam Ahli Hadis; Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim al-Qusyairie al-Naisaburi dalam kitab sahih mereka berdua yang merupakan antara kitab yang paling sahih (Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya pada bahagian awal kitab sahihnya, juga dalam Kitab Iman dan beberapa tempat lain dalam kitab sahihnya. Al-Imam Muslim meriwayatkannya dalam Kitab al-Imarah Bab : إنما الأعمال
بالنية) �� باب قوله ) hadis nombor 1908).

Hebatnya insan terpilih yg bernama Muhammad bin Abdullah ini, sepanjang perjalanan kehidupan baginda, apa yang kita lihat adalah berhikmahnya baginda dalam setiap bait kata-kata mahupun perbuatan.

sementara jantung masih berdenyut, akal masih boleh menilai, pancaindera masih jelas berfungsi, bersyukurlah kepadaNya kerana masih diberi peringatan tentang peri pentingnya masa terhadap kehidupan seorang manusia yg digelar hamba dan khalifah.

tak rugi jadi insan yang baik @ lebih baik, kita takkan miskin pun jika jadi seorang pemberi, bukankah tangan yang diatas itu lebih baik dari tangan yang dibawah?

kita takkan sakit pun jika jadi hamba dan khalifah yang soleh..

kerana segalaNya di tangan Allah, sesungguhnya Dia Maha Berkuasa terhadap tiap sesuatu..

so, apalagi? ayuh kita upgrade diri kita semoga dapat memberi manfaat kepada insan sejagat di dunia dan akhirat..