
satu Muharam detik permulaan,
perkiraan tahun Islam hijrah,
perpindahan Nabi dan ummat Islam,
dari kota Mekah ke kota Madinah,
atas keyakinan dan iman yang teguh,
kaum Muhajirin dan Ansar bersatu,
rela berkorban harta dan nyawa,
demi menegakkan Islam tercinta,
Hijrah itu pengorbanan,
Hijrah itu perjuangan,
Hijrah itu persaudaraan,
Hijrah membentuk perpaduan,
oleh itu mari semua,
kita sambut Maal Hijrah,
tingkatkan semangat,
tegakkan syiar Islam untuk sepanjang zaman.
Assalamualaikum, salam Maal Hijrah,
Alhamdulillah, kita melangkah lagi ke tahun baru Islam.(tahun ni 1433 Hijrah )
dimana sejarahnya bermula pada tarikh ini..
Hijrah
menyingkap semula labuhan sejarah yg ditinggalkan oleh Junjungan besar dan utama, baginda kesayangan dan penghulu sekalian umat,,Nabi Muhammad SAW, peristiwa penghijrahan baginda bersama muslimin membawa perubahan besar terhadap agama Islam.
hijrah itu sendiri membawa pelbagai pengertian kepada umat Islam, sama ada penghijrahan secara fizikal mahupun spiritual. dari keburukan kepada kebaikan, dari kejahilan kepada pengetahuan,dari perpecahan kepada perpaduan, dari kegelapan kepada cahaya, dan dari kesesatan kepada kebenaran.
hadis tentang hijrah:
عن أمِيْرِ المُؤْمِنِيْنَ أبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الخَطَّاب رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ ا للهِصلى الله عليه وسلم یَقُولُ: (( إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ كانَ هجْرَتُهُ إِلىَ اللهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إلى اللهِ ورَسُولِهِ وَمَنْ كان هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا یُصِيْبُهَا أَوِ امْرَأَ ةٍیَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ)) . رواه إماما الحدثين أبو عبد الله محمد بن إسماعيل بنإبراهيم بن المغيرة بن بردزیة البخاري، وأبو الحسين مسلم بن الحجاج بن مسلم القشيريالنيسابوري في صحيحيهما اللذین من أصح الكتب المصنفة
maksudnya:
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.
Hadis ini diriwayat oleh dua orang Imam Ahli Hadis; Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim al-Qusyairie al-Naisaburi dalam kitab sahih mereka berdua yang merupakan antara kitab yang paling sahih (Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya pada bahagian awal kitab sahihnya, juga dalam Kitab Iman dan beberapa tempat lain dalam kitab sahihnya. Al-Imam Muslim meriwayatkannya dalam Kitab al-Imarah Bab : إنما الأعمال
بالنية) �� باب قوله ) hadis nombor 1908).Hebatnya insan terpilih yg bernama Muhammad bin Abdullah ini, sepanjang perjalanan kehidupan baginda, apa yang kita lihat adalah berhikmahnya baginda dalam setiap bait kata-kata mahupun perbuatan.
sementara jantung masih berdenyut, akal masih boleh menilai, pancaindera masih jelas berfungsi, bersyukurlah kepadaNya kerana masih diberi peringatan tentang peri pentingnya masa terhadap kehidupan seorang manusia yg digelar hamba dan khalifah.
tak rugi jadi insan yang baik @ lebih baik, kita takkan miskin pun jika jadi seorang pemberi, bukankah tangan yang diatas itu lebih baik dari tangan yang dibawah?
kita takkan sakit pun jika jadi hamba dan khalifah yang soleh..
kerana segalaNya di tangan Allah, sesungguhnya Dia Maha Berkuasa terhadap tiap sesuatu..
so, apalagi? ayuh kita upgrade diri kita semoga dapat memberi manfaat kepada insan sejagat di dunia dan akhirat..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan