ichigo

ichigo
Assalamualaikum wahai jiwa yang dicintai Allah, selamat datang, haa..sebelum baca ni, jom selesaikan 5 passwords ni, 1. Baca Basmallah 2. ucap syukur Alhamdulillah atas nikmat Iman dan Islam 3. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w 4.Hadiahkan Al-fatihah buat mereka yang tersayang 5.sedekahkan al-Fatihah buat saya.. :) Jazakillah kheirul jaza'

Jumaat, 4 Mei 2012

apa agaknya khabarmu di sana?
di sini ku sedang dibelenggu rindu


terngiang-ngiang di minda siulan Dafi si pelantun lagu Bila Terasa Rindu. semenjak dua menjak ni, perasaan ni menebal walaupun telah ku dengar suara mereka, sudah ku tahu khabar mereka.

memang tak sabar nak balik ke kampung. mid semester break selama seminggu yang lalu seperti tiada daya tarikan untuk membawaku pulang ke kampung halaman. fikirku, ingin berdikari, hematku, ingin menebalkan rindu di hati mereka. tetapi, realitinya aku yang rindu sendiri. wuwuwuww~

rindu itu adalah
anugerah dari Allah
insan yang berhati nurani
punyai rasa rindu


merdu dan mengasyikkan lagu  nasyid yg dibawa oleh kumpulan kegemaran kami sekeluarga, Hijjaz. mengimbas kembali zaman silam, waktu kecil, saat kenakalanku yg ditundukkan oleh santapan rohani berbentuk nasihat dalam hiburan. cukup berkesan dan memberkas di hati hingga kini. rindunya ya Allah.

saat ku rindukan mereka, hanya gambar dan suara yg dapat mengurangkan rasa yang tidak mententeramkan tetapi tenang ni.

mengidam masakan ummi, dan kuih-muih yg kami buat bersama, ku 'google image'kan mereka..huhu.

beginikah rasa siksa perpisahan
sungguh asingnya hidup berasingan


maka timbullah keazaman yang agak la..ermm ..agak sukar untuk direalisasikan dalam masa yang singkat.

antara azam-azamku bila cuti bermula ( masih menjadi azam yg insyaAllah akan direalisasikan)
pertama, belajar buat kuih tradisional dan kumpul resipi dari nenek dan ummi.

kedua, ziarah sanak saudara terdekat termasuk yang tinggal di Thailand. alangkah bagusnya kalau sepupu sepapat rapat seperti yg berada di Malaysia ni.

ketiga, jadi tutor kepada adik dan kawan-kawan adik.

keempat, jadi naqibah kepada adik2. kongsikan mereka bagaimana menjadi hamba dan khalifah yang soleh dan solehah.

kelima,jadi sahabat baik kepada nenekku, kesian dia selalu meminta aku temankan dia di kampung, padahal cuti ku sangat pendek, dan nenekku yg comel dan manja itu selalu bertanyakan aku, bila lagi aku akan cuti supaya dapat temankan dia.

kun mek kap.. mesti nenekku itu menghitung hari, bila munculnya cuti sekolah yang panjang, dapat anak cucu berkumpul menghapus rindu menemani keberseorangannya itu di rumah kampung yan damai itu.

jauh di sana mereka yg kami rindu
p/s; teringat nak recall balik peribahasa yang pernah ku kuasai waktu kecil dulu setelah membaca status Fedtri Yahya yang berbunyi ' sekali bah, sekali pantai berubah'. bagiku, peribahasa ni sangatla 'rare' disebut.

Tiada ulasan: