ichigo

ichigo
Assalamualaikum wahai jiwa yang dicintai Allah, selamat datang, haa..sebelum baca ni, jom selesaikan 5 passwords ni, 1. Baca Basmallah 2. ucap syukur Alhamdulillah atas nikmat Iman dan Islam 3. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w 4.Hadiahkan Al-fatihah buat mereka yang tersayang 5.sedekahkan al-Fatihah buat saya.. :) Jazakillah kheirul jaza'

Jumaat, 31 Oktober 2014

i'm back to write all the whatnot..


Bismillah arrahman arrahim..
Segala puji-pujian selayaknya hanya kepada Allah, Pencipta, Penjaga alam ini dan isi seluruhnya, dari sebesar-besar perkara hinggalah sehalus zarah sekali pun.

Selawat dan salam kepada imam umat manusia sejagat, junjungan besar dan pembawa Rahmat seluruh alam, cahaya di atas cahaya Nabi Muhammad s.a.w. sesungguhnya kasih sayang baginda terhadap umat ini tidak  kerana hingga kini sentuhan kasih baginda masih mampu dirasai oleh pemilik hati-hati yang merindu pemberi syafaat di hari kebangkitan nanti.

Buat para pendamping baginda, para sahabat yang setia di sisi baginda tiap saat duka dan suka, jadi pemangku disaat baginda rebah, jadi pemudah jalan tika baginda kesukaran, jadi penghulur bantuan bila baginda kesempitan. Sungguh beruntung andai kami miliki sahabat seperti mana dikurniakan kepada baginda.

Sesungguhnya kami menzalimi diri kami sendiri dengan ketidakcukupan kami bersyukur atas rahmatMu yang luas, dan dengan sifatMu yang Maha Pengampun dan Maha Pemberi Maaf, maka ampunkanlah kekhilafan kami . sesungguhnya tanpa Kemaafan dan Keampunan dariMu maka kami adalah golongan yang rugi. Ya Allah, sesungguhnya engkau Maha Pengampun, Maha Mulia dan cintakan kemaafan, maka ampunkanlah kami.

Beli telekung di Tanjung Bidara,
Manis dipakai walaupun murah,
Assalamualaikum pembuka bicara,

Kata disusun pengindah madah.

alhamdulillah, dh masuk Muharram dh kita..

ahlan wa sahlan wa marhaban ya 1436H..

dan hari ni sebenarnya dah pun masuk 7 Muharram 1436H

nampak tak? betapa  *(...........) nya aku

(-__-") #facepalm

so, today is Friday..alhadulillah

yeay!! sayyidul ayyam is here \(^-^)/

apa yang sinonim dgn hari Jumaat ni?

ok, ini check list nya.. jom same2 review..

1.Al Kahfi

2. Ad-Dhukhan

3.Mandi sunat dan kemaskan anggota
-potong kuku
-potong hair under ur shoulders (armpit yo)
n kat secret garden jugaa

4.Datang awal ke masjid 
(meanwhile,muslimat kt rumah yg duk masak2 tu,blh la selawat2 @ Ya Latif @ subhanallah byk2 -tips masakan enak like heaven gitu, yg penting makanan itu dh halal..maka jom jadikan ia toyyiban plak)

5.Selawat
jom ingat nabi banyak2, dengan pelbagai selawat yang ada, Selawat shifa', Selawat Badawi, Selawat Burdah dan lain2..pilih la pakej selawat yang mana anda sukai, in shaa Allah tiada sesalan dunia dan akhirat..aha

6.Sedekah
berilah setakat mampu, sedekah pun ada pelbagai jenis bukan selawat aje yg ad pakej .. pakej2 nya adalah;
-kewangan (selalunya syiling n RM1 dihulurkan) itupun sudah memadai.

-tenaga (berbakti kepada ummi dgn menjadi asst chef ka,
bantu ahli keluarga buat kerja rumah,sapu2 sarang labah2 ka,
tolong mandikan adik2 yg masih melekat depan tv layan kartun tu ka, 
bagi makanan kt kucing dan ayam2 kt blkg rumah ka,
siram pokok yg sedang berfotosintesis pon bole.. 

-Senyum (senyum kan ubat untuk hati , haa dh sama kelas dgn doktor dh bila kita dpt bagi ubat utk hati org yg sakit dgn senyuman kita yang manis dan ikhlas kerana Allah)

-Selawat (saham yang tidak memerlukan modal untuk mendapat syafaat yg sgt mahal saat hari perhitungan nanti,malah saham ini sangat2 menguntungkan)

-Doa dan Al-Fatihah (buat abah dan ummi, adik-beradik, saudara-mara, sahabat handai yang masih hidup, apatah lagi yg telah pergi)..sebab kita sayang mereka, maka hadiahkan kepada ruh mereka yang masih hidup sepotong doa dan al-Fatihah..moga2 roh mereka kembali fitrah dan refresh..dan buat yg telah pergi, alfatihah dari kita sgt mereka dambakan sebagai cahaya di alam sana.

credited 'a doa' to the owner for this pic..May Allah bless him/her

7. Raise your hand, offer your prayer
kerana salah satu dari 3 perkara yang disembunyikan dari ilmu manusia ialah
-saat dimakbulkan doa (selain dari dosa yg dimurkai dan ahli sufi)
tolong lah..doa banyak2..DOA je apa2..Mintalah dengan humble and hope..kita kan ada ALLAH, tempat kita meminta dan bergantung, DIA kn KAYA, PEMURAH dan TIDAK BERGANTUNG KEPADA SESIAPA..
dan ketahuilah dalam hari Jumaat itu, terdapat satu saat dimana doa diangkat dan dimakbulkan tanpa hijab..the precious moment start from asar pada hari Khamis sehingga penghujung Asar pada hari Jumaat.. 'fa koolad 'uni astajib lakum'..berdoalah bila2 pon, tengah menyapu ke, tengah basuh pinggan ke, tengah melayan adik2 ke (boleh ajak adik2 berdoa berjemaah)

tahu tak, ketika hati terdetik untuk berdoa atau teringatkan seseorang, angkatlah tanganmu, tadahlah sebagai pengemis, kerana mungkin ketika itu Allah sedang menyentuh hatimu dan memberimu peluang untuk diberi rahmat dan makbul doa. justeru, jangan sia-siakan ia..

8.Istighfar
bukan menyebut isssssstighhhhhhhfaaaaaaaarrrrrrr semata-mata..tetapi istighfar itu ialah..astaghfirullahal azim..aku memohon keampunan dari Yang Maha Agung..banyak dosa kita, dosa kita yg kita selalu lupa, lupa kepada Allah, lupa untuk bersyukur...

credited to SMSISLAM.COM

9. Pakai pakaian berwarna hijau atau putih


10. Berwangi-wangian

*wangian SULTANA / WHITE MUSK / APPLE BLOSSOM sesuai untuk muslimin sbb my brothers guna yang ni..hari Jumaat sangat wangi dan segar..rumah mcm kat taman bunga..wangian ini boleh didapati di eMydine dgn rege RM5, tiada alkohol, sah dibawa solat..dapatkan segera sebelum GST dilancarkan..haha..borong terus!!



*note: (.........) sebenarnya perlu diisi dgn perkataan yg ku cari, tapi tak kutemui dalam fail memori simpanan di dlm benak brain ku ini....sehingga entry ini siap di taip...

dear brain, please don't disappoint me, di manakah ko campakkan perkataan itu? ~.~


moga entry dapat diambil manfaat bersama..sebagai peringatan buat diriku yang lupa..kadang2.. 

#pray4gaza
#pray4muslimallaroundtheworld
#qunutnazilah

Tiada ulasan: