bismillah arrahman arrahim..
assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh..
" YA ALLAH, lapangkanlah dadaku, permudahkan bagiku urusanku, dan berilah kefahaman bagi mereka setiap tutur ( penulisan ) ku" AMIN..
ok, terlebih dahulu nak bagi amaran bahawa, setiap illustrasi bagi entri kali ini adalah courtesy to:
Trust Me, I'm a "Psychologist"
https://www.facebook.com/AForayIntoPsychology
in shaa Allah, tinggal lagi tiga hari sebelum aku check-in into IIUM as 4th year student. tinggal lagi dua semester untuk bergraduasi. yes! tapi mendengar luahan sahabat2 dan senior2 yang sudah bekerjaya betapa sukarnya hidup di luar sana, membuatkan diri ini dilanda kerisauan yang bisa membotakkan kepala dan menambahkan wrinkles di muka.
kadang-kadang, peringatan sebegitu tak perlu diambil berat kerana selain menyusutkan otak, perkara ni boleh menimbulkan masalah baru juga, iaitu masalah keguguran rambut..tak pasal-pasal kena p YuMom Hea Kea..duit plak kt situ..haha..kidding2..
throw back ke zaman silam, tidak pernah terfikir bahwa aku mampu berada di UIA sejauh ni. hampir separuh dekad hidup aku di sini. kini, setelah selesai tiga tahun aku sebagai pelajar psikologi, inilah masanya untuk aku bercerita tentang uniknya Psikologi di bumi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ini.
hidupku bermula sebagai Direct Intake student, iaitu pelajar yang masuk UIA terus tanpa perlu belajar di pusat asasi UIA. aku masuk melalui STAM.ustazah-ustazahku expect aku ambik course berkaitan Ilmu Wahyu atau Bahasa Arab, tapi bukan..maaf bonda2 ku..Shahida nak cuba perkara baru..Ye..Psychology course from Human Sciences Department. it is fun subject to be studied plus it is cool by name itself.
majoring in Psychology is not a study to read human mind. penat nak jelaskan kepada mereka di luar sana. macam budak saikoloji ni ada super power je, boleh baca otak.. tapi seyes, saikologi sangat best.
mungkin kerana aku minat sains, maka Psikologi ni mudah untuk aku belajar sebab terlalu banyak perkara baru aku didedahkan.
* Fakta menarik, Psikologi diiktiraf di negara2 luar sebagai salah satu cabang Sains Tulen ( means sama dengan Medic, Bio, Chemistry, Physics and so on), bukan Sains Sosial sepertimana di negara kita. Psikologi semakin melebar sayapnya dan antara profesion yang banyak membantu masyarakat.
antara sebab aku mengambil kursus Psikologi kerana
-aku nak mengenal aku ni jenis macam mana sebenarnya, personality, potensi dan kelemahan
-bantu diri sendiri dengan mengubah behavior ke arah yang lebih baik
tapi kawan2 aku ingat aku perlu beri nasihat dan kata-kata motivasi kepada org lain untuk move forward. dalam bahasa mudahnya ialah Kaunselor. hehe..oh saim-saim ku..andai kau tahu jerih peritku.
tapi, aku jumpa benda ni..urm..menarik :)
ni antara sebab2 yang mungkin bagi mereka yang kurang tahu apa itu Psikologi.
bersambung...