ichigo

ichigo
Assalamualaikum wahai jiwa yang dicintai Allah, selamat datang, haa..sebelum baca ni, jom selesaikan 5 passwords ni, 1. Baca Basmallah 2. ucap syukur Alhamdulillah atas nikmat Iman dan Islam 3. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w 4.Hadiahkan Al-fatihah buat mereka yang tersayang 5.sedekahkan al-Fatihah buat saya.. :) Jazakillah kheirul jaza'

Jumaat, 21 November 2014

Fabulous Friday : School Break!!

Bismillah

Assalamualaikum......

Jumaah mubarokah

Hari ni bermula lah cuti sekolah bagi negeri Kelantan dan negeri-negeri yang sewaktu dengannya..
(Terengganu, Kedah, Johor)

dan, musim tengkujuh jugaaaa...

terfikir-fikir apa ya aktiviti yang sesuai, selamat dan reachable?

secara umumnya antara aktiviti yang telah terbayang-bayang dalam kepala ni banyak, harap dapat buat semuaa, in shaa Allah
however,
my ultimate plan to do:

1) Reading and re-read
buku-buku yang termasuk dalam list:
* The Alchemist - Paulo Coelho
* The Pilgrimage - Paulo Coelho
* Pesan Hati untuk Hati - Ust Pahrol Mohamad Juoi
* The Dilemma of Muslim Psychologists - Prof. Malik Badri
* Psychology - Sandra K. Ciccarelli & J. Nolan White

my motivation to read goes sky rocketed after I read this quotes, haha! nice words.


ok tu je..nanti kalau rajin update book review plak. Happy Friday!!


p/s: sehingga entri ini ditulis paras sungai Golok sudah pun di paras bahaya, penduduk kampung sudah bersedia untuk berpindah. Terengganu terlebih awal ditenggelami banjir. Unisza dan UMT darurat. Fi amanillah dan semoga baik-baik lakke.

bila banjir-banjir macam ni, teringat time childhood dulu, waktu musim cuti sekolah lah paling best, akhir November selalunya jatuh pada musim tengkujuh, budak-budak kan..hari-hari mandi hujan, tadah air hujan dalam tong besar buat ala-ala tub mandi, tangkap ikan (ikan puyu dan ikan sepat paling banyak dapat, ikan keli dan talapia spesies yang rare, skali dapat memamng riuh), belajar berenang (yang ni bajet boleh berenang -nebeng ngat), dan main-main menyelam paling lama.

balik rumah je, get ready untuk kene rotan la sebab keluar tak bagitau abah dan ummi.*sebab dah sedia maklum, kalau mintak izin pun kenfemnya takkan dapat, kalau keluar jugak dapatlah 'upah'nya tapi kami tak serik.tu la yang bestnya jadi budak-budak. tak kenal takut, tak kenal sakit tak pernah ada rasa risau dan tak tahu beza apa itu bahaya.

that's a kid logic

cognitive development mode masa tu between preoperational and concrete operational , because we cannot think absractly and we assume that others have thought the same way. unable to comprehend what brain actually the adult have, their way of thinking are so complex and most of the time we *as child* found it ridiculous.

yang pastinya semua orang punya kisah childhood yang berbeza, harap ia penuh dengan warna.

musim tengkujuh ni antara waktu terapi bagi aku.

bau hujan itu terapi
bunyi hujan itu terapi
doa ketika hujan turun itu terapi (kerana ia antara waktu mustajab doa)
Jumaat itu terapi (kerana pahala sunat berganda-ganda dan terdapat satu saat doa makbul tanpa hijab)

#Pray4Gaza
#Pray4floodvictims
#Praywithlove&hope
#Lets#pray#together

Khamis, 20 November 2014

::Doa dan Zikir waktu kelahiran::

Bismillah Ar-Rahman Ar-Raheem

Assalamualaikum..


cerita semalam,





19/11/2014 , 2.01am 

K.Ain selamat melahirkan seorang puteri, alhamdulillah.

...

2.32 petang 18/11/2014, aku terima mesej dari K.Ain mengatakan yg K.Ain ditahan wad. Mohon doa dari aku, abah dan ummi.

Malam tu aku mesej K.ain tanya khabar
*tetibe aku rase timing aku mesej tu mcm tak kena je..naseb bukan time K.ain btol2 nk deliver..

contraction.
dari malam sebelum kelahiran K.Ain tak putus-putus mohon doa supaya dipermudahkan urusan.

aku hanya mampu berdoa dari jauh semoga Allah kurniakan ketenangan, kekuatan dan keselamatan kepada K.Ain, basahkan lidah dengan Istighfar dan doa tawakkal.

siap google lagi doa-doa dan zikir ketika hampir waktu kelahiran untuk K.Ain baca..

antaranya :

selawat

istighfar

tahlil

tasbih

ayat kursi

3 kul


dan ini:

Al-'araf:54
Abasa: 18-20 (3 kali)

dan pada saat-saat hampir tu, baca ayat ni:

'hasbunallah wani'mal wakeel, tawakkaltu 'alallah'

....


Rabu, 12 November 2014

::Graduasi::

Bismillah..


alhamdulillah..secara rasminya, aku telah pun sebulan bergraduasi dari menara gading kesayanganku. yeay~

 UIAM ni bukanlah berkonsepkan Ivory tower,

 tapi sebuah taman,

yang luas terbentang,

yang bebas dan hidup,

hijau dan tenang,

yang sudah pasti akan kukenang,

itulah UIAM ,Taman Ilmu dan Budi

The Garden of Knowledge and Virtue

*logiknya,aku terbayang sebuah taman spt yang kat overseas' uni, bersepah-sepah students baca buku bawah pokok, tapi sayang, budaya itu belum lagi wujud disini.
  
alhamdulillah,

tak sangka, impian ketika berumur 9 tahun untuk jadi pelajar UIA jadi kenyataan.

semua ni bermula 
setelah meminati kumpulan nasyid IN-TEAM

ala yang nyanyi lagu kasih-kekasih tu..
kan video klip dorang kan dirakam kat tangga besar tu.

masa tu UIA masih baru dan cantik.
*banyak pulak tu aku

tertarik dengan senibina, kubah biru dan batu bulat yang besar dalam video klip mereka.

haha,tetiba rasa macam skali lagi aku tersalah pilih kos,
aku rasa sepatutnya ambil KAED
Kulliyyah of Architecture and Environmetal Design.

sebab sejak kecil lagi aku suka pada bangunan dan dekorasi bandar..kot
kecik-kecik dulu suka sangat melukis,
tapi sejak member time childhood aku kata yang lukisan tu semua akan hidup suatu hari nanti dan mereka tu akan datang dan sedut nyawa aku, dan nyawa aku jadi sikit, dan aku pun mati.
*masa tu kurang cerdik lagi, igt nyawa tu macam angin dalam belon.

dia siap pesan lagi, kalau melukis tu, kene pangkah kat leher, baru dia tak datang sedut nyawa,
so, setiap kali aku melukis, aku akan pangkah kt leher lukisan tu, 
even orang lidi pon.

tapi sungguh buruk 'pangkah' itu
lukisan aku pun dah jadi buruk sangat

 aku pun stop melukis.
even lukis orang lidi pun.

sengal jugak member , tapi yang aku plak yang p percaya tu buat ap?
terkubur bakat semulajadi ku..sobss
-_-


 hidup sebagai pelajar UIA memang best,
*nanti ada masa aku citer..

untuk urusan graduasi shj,aku telah 3 kali datang ke UIA.

1st untuk Clearance
2nd untuk collect robe
3rd untuk Conferment of Degree

1st Phase: Clearance

disebabkan excited,aku datang awal, minggu kedua selepas Eid Fitri tu aku dgn K.Shah dah ada kat UIA. Menginap di bilik Awanis, alhamdulillah kebetulan ada dua compartments kosong. Terubat rindu kat femli kecil MRC ni. Macam-macam ragam, penat nk gelak, even sebelum lelap pun sempat lagi melawak. kalau dengan dorang ni takkan dapat tido awal punye. stori-mori mcm drama bersiri.

untuk buat Clearance ni ad 4 tempat wajib kne settle. tak perlu panggil abang long kawasan or Abang Long Fadhil, sbb staff2 yg kami jumpa smuanya baik-baik.

ok, here we go..

1.Mahallah Office -bawa Matric Card (cek dgn staff ofis kot2 ad compound yang x byr lagi)

2.Library- bawa Matric Card ( cek juga kalau ada buku yang tak dihantar atau hutang yang belum dijelaskan)-selesai
= kalau yakin yuran semua dah bayar dan hutang-hutang semua dh settle, terus p bank Muamalat bayar RM 130.00, untuk bayaran graduasi. resit forward to finance.

3.Finance- hantar resit bayaran graduasi rm130.00 tu, nanti sister kaunter akan key-in.

4.AMAD- ambil Q number, ( ambil academic full transcript ) tunggu dalam 10 minit, depends pada keadaan, kalau ramai, kena la tgu lama sikit. Dapat je jangan plk terus blah, cek dlu kot2 la tersalah kt mane2. time ni la nk jd inspector or typing checker.

*5.STADD- sebelum p Stadd, beli dulu envelope A4 size and setem RM1. tulis nama sendiri  dan alamat rumah pada envelope tu, dan tampal setem. hantar kat kaunter STADD. sebelum hantar tu kena isi form request for co-cu full transcript. bagi skali dengan envelope kpd kakak kaunter tu. ( diorng akan poskan dan in shaa Allah dalam masa sebulan sampai la)

okeh dah, selesai checkpoints untuk clearance.
yeay!! alhamdulillah..bila cek kat portal, selesai suda urusan clearance.

balik..sebelum balik Kelantan, singgah Balok,Kuantan, Pahang
*tunggu la bila rajin sy buat throwback

2nd phase: Robe Collection

datang balik UIAM, kali ni aku datang sorang, tak janji dengan sesapa dan tak cakap kat sesapa. sebab aku tak nak terikat. tapi akhirnya aku cakap jugak kat K.Shah, Zati n Asma. hehe. Menumpang kt bilik junior kt Hafsah, ye..mahallah tempat aku membesar. Hatiku di Hafsah suda bah.

Robe collection ni ad dua sesi

sesi pertama 27-29 Sept 2014
sesi kedua 8-10 Okt 2014 (11-13 Okt hari pengijazahan)

sengaja datang awal sebab nak selesaikan urusan isi Tracer Study ni. Tracer Study ni wajib, kalau tak, tak dapatlah jubah konvo tu.

Tracer Study ni ada dua, IIUM dan MOHE. dua-dua wajib jawab. soalan senang tapi sangat la banyak. nasib baik la dia tak locate duration tertentu.

aku jawab Tracer Study tu pun smbil surf benda lain, tak nak bagi bosan dan stress. nak-nak lagi bahagian short answer. short tu ibarat karangan summary dah bagi aku. kering otakku di'spin'nya.

tengah elok-elok jawab, tetiba rasa macam nk turn around, haaa..K.Ain !! dan...perutnya yang makin membesar. hik hik.. baby dah membesar, 8 bulan stgh dah..kejap je masa berlalu, rasa macam bru je K.Ain kawen ..

teman K.Ain isi Trace Study, smbil tu cek Seating Arrangement yang bru released.

Sitting arrangement ni untuk dalam dewan nanti dan graduands disusun mengikut department kemudian mengikut pengkhususan, barulah dibahagikan ikut dua kumpulan. Kumpulan yang ada bintang dan tidak berbintang.

Yang berbintang ni dihadapan mengikut gender diikuti yang tak berbintang. dan mengikut alphabet.

contoh: *Azwan *Khalil  *Aishah  *Shazwani --- Aaron  BetoKhushairy  Aishwarya  Lisasurihani

dan yang berbintang ni ada plak yang dua bintang dan satu bintang
**cgpa ; 3.59>
*cgpa ; 3.59-3.00
 ****
haa...

esoknya, pada 27hb sept, dalam pkul 9 jgk la gerak, sbb CAC bukak jam 8.30pagi untuk collect robe tu.

dari jauh lagi dh kelihatan ramai orang..huh..ni dah kira awal ni. rupanya, ramai lagi yang datang lebih awal.

tahu-tahu mereka-mereka semua ni dah sampai dalam pkul 8 lagi.

masuk-masuk terus Q ambil number kat kaunter. lepas tu tunggu la number appears dlu kat screen untuk masuk ke bilik robe collection.

saiz robe aku yang pasti xs, dah aim sejak tahun lepas lagi, time tu aku datang sini teman Syazlin ambik robe, jadi, aku join skali time nk try on jubah tu. xs sealed, tp kalau ad xxs lagi cun sebenarnya.
*yosh!

time ni la jumpa balik geng-geng yang sama batch, yg jumpa time register and awal-awal masuk UIA dulu, tak sangka jumpa balik kat sini. apalagi, selpi la kita pon. Ramai dah yang bertukar status. Masing-masing pakat update and throwback pasal life. terasa muda 5 tahun bila jumpa dorang.

Wani sampai, teman Wani Q skali, sambil borak pasal life and 4S1N. Wani tunjuk isu-isu yang kt 4s1n pye wasap. menurut Wani, pelapor 4s1n yang bertauliah, yang tak boleh blah bila citer pasal Sy....n. minat sangat la wang ke Sy....n ni. justeru itu, kami hadiahkan satu pic Sy....n yg kebetulan ada berdekatan kami ketika itu kepada geng 4s1n.

keesokan harinya, aku datang lagi ke CAC, teman Izzati, K.da, Asma dan K.Fatinah ambil robe. yang best nya, pada hari kedua collect robe ni, sangat la beza dari semalam. Lengang. untung sahabat-sahabat aku ni, tak perlu habiskan masa dan tenaga beratur lama-lama.

usai ambil jubah, perut start keroncong, kne bekpes ni. jadi, ke HS la kita. Terasa ukhwah tu dekat sangat dihati bila makan suap-suap dengan sahabat-sahabat macam ni. seyes tak tipu.

alhamdulillah, selesai bekpes, nak pre-convo fotosut plak..haha 

maka berhasillah satu siri artwork yang lejen. sangat puas hati dengan gambar2 tu semua. thanks kawan-kawan sebab sudi posing maut. haha!



balik Kelantan,

jubah..habis lunyai aku kerjakan, bergambar pye pasal. Fotosut paling best kat pantai dengan adik-adikku. macam-macam gaya dan expresi. tu belum semua berkumpul.hik ;)



3rd phase: Conferment of Degree

and again, aku datang ke UIA, tapi kali ni merantau bersama abah, ummi dan adik bongsuku ke KL. stay kat rumah mak sedara kat Serdang Perdana smalaman sebelum my C-day.

memandangkan IRKHS jatuh pada sesi petang, jadi, kami bertolak ke UIA agak tengahari, ramai sudah yang berjubah, berfotosut merata-rata, aku je yang tak dress up lagi. isokei, still have time.

invitation card bagi kat ummi, tu sbg pass masuk untuk dua orang ke dalam dewan.

aku plak bawa phone, gula-gula dan multimedia card. tak payah risau pasal nk simpan semua tu dalam poket mana, sbb jubah ada hood, so, simpan je dalam tu. bijak jugak UIA bagi hood mcm ni. ada secret function rupanya.

sebelum masuk dewan tu, beratur kemain lama, dh selesai selpi-melpi bagai dah sampai ada yang dah merah mata tahan dari berkedip time selpi. committee pun banyak kali berulang alik. Committee macam tak senang duduk je melihat budak-budak nak grad ni. lagaknya seperti konvokesyen tadika, calling out names one by one, betulkan barisan, suruh kitorang diam. haha. Mana tak nye, event tahunan UIA, big day macam ni kne pastikan semuanya organized and everything go with smooth sailing. even semua dh besar, tp pengawasan dan back up plan tu kne standby.


ha..konvo kali ni ada sorang sister yang mortar board dia terjatuh, time dia nk tunduk hormat. nasib sempat tangkap, siap dipakaikan balik oleh pemberi ijazah lagi. dr insiden tu, committee pinkan mortar board tu pada tudung setiap graduan sister.
*ye la, takkan brother plak kan..nak pinkan mortar board tu dengan apa nanti.

keluar dewan dah hampir jam 6.30 ptg, keadaan luar dewan dah gelap dengan angin membawa utusan bahawa hujan akan turun. tak sempat nak tangkap gambar banyak-banyak. sempat tangkap muat je.

kesesakan teruk berlaku di main gate menyebabkan abah dan ummi tak dapat menghantar aku untuk pulang ke mahallah.

tak dapat juga aku poskan barang-barang yang masih berbaki di UIA ni untuk dibawa pulang ke kampung.

Stay kat UIA agak lama, uruskan hal-hal tertunggak sambil tgu member-member untuk hantar jubah skali.

sebelum hantar jubah tu, sempat lagi p FRIM and Bukit Tinggi, Pahang



berpost-convo fotosut di sana

19th Okt 2014, dijadualkan jam 4 ptg last hantar robe, tapi masih kelihatan graduan-graduan syok berposing  di sekitar Main Gate, Main Stairs n fountain walaupun jam menunjukkan jam 3.45ptg.
*selesai hantar jubah tu pun dh dekat pkul 5 ptg, tu pun masih ada lagi yang baru masuk CAC nak hantar..

sayang betul nak lepas jubah tu ye.. :)

baiklah, setakat ni dulu..moga bermanfaat 


#donewbachelordegree
#pray4Gaza
#pray4all







Ahad, 9 November 2014

::sometimes::




because most of the time, I just can not find any word to show how meaningful you are in  my life.

I just wordless. speechless and clueless

you came into my life with colours

smile

laugh and dream

now

everything left as piece of memory

which make me suffer

feeling sick inside

I think I just miss you

still missing you


dear friends

thank you for all the warm welcome

thank you for holding the anger 

and thank you for stay still and sticked with me

...

I wish that we could cross the path together again

kill the time

share the story about life

go 'jalan-jalan'

sleep over at each other place in rotation

eat dark chocolate together

watch movies until our eyes shrink

laughing at each other face right after wake up from sleep

haha

yes, dear you my lovely friends

I miss you all a lot

Syazlin Zawawi

Nur Izzati Kamarudin

Siti Nurain Yunus

Nurul Izzati Shaharudin

Sumaiyah Maktar

Zahidah Abd Samad

Akmal Syahirah Faudzi

Mashitah Zulkifli

Mursyida Azmi

for wherever you are, I pray to Allah that you all doing fine.

fi hifzillah

Mahallah Hafsa has unite us

Psychology course has bring us together

IIUM has tied our heart

to come out with this such a beautiful bond.

friends forever

even sometimes I seems doesn't care

but deep inside

your names always be in my prayer and my heart


#pray4gaza
#pray4friends
#ma'assalamah
#tillwemeetagain






Sabtu, 8 November 2014

.:New Sakha- Ibu:.

New Sakha -Ibu




Sebening tetesan embun pagi
Secerah sinarnya mentari
Bilaku tatap wajahmu oh ibu
Ada kehangatan didalam hati


Air wudhu' selalu membasahimu
Ayat suci selalu dikumandangkan
Suaramu penuh keluh dan kesah
Berdoa untuk putra putrinya

(Chorus)

Oh ibuku
Engkaulah wanita
Yang ku cinta selama hidupku
Maafkan anakmu bila ada salah
Pengorbananmu tanpa balas jasa

Ya Allah ampuni dosanya
Sayangilah dia seperti menyayangiku
Berilah dia kebahagiaan
Di dunia juga diakhirat


copyright: New Sakha 

p/s: subhanallah, indah sungguh suara adik Novi. Sangat menjiwai lagu ni. 

mak ngah, ummi, abah, adik ying, kwan

Ummi, benar..engkaulah wanita yang ku cintai sepanjang hidupku,

segala jerih payah membesarkan aku dan adik2. luka dan airmata yang ummi lalui, jatuh dan bangun di sepanjang perjalanan yang beronak duri, yang pastinya mencalit luka pada ummi.

aku sentiasa berdoa dan berusaha agar aku mampu untuk menjadi anak solehah buat ummi dan abah. Ummi, aku harap aku seorang anak yang solehah buatmu.

semoga aku dan adik-adikku menjadi penawar buat menyembuhi luka dalam hidupmu

semoga kami menjadi penenang dan penyejuk mata buatmu


Ya Allah, terima kasih kerana mengurniakan seorang bonda seperti Ummi.

Ya Allah, berilah kesempatan kepada kami untuk membahagiakan Ummi dan Abah.

Kasihanilah mereka, rahmatilah mereka, kurniakanlah kebahagian buat mereka di dunia dan di akhirat.

Aminn

#pray4Gaza
#pray4ummiabah
#pray4iium

Jumaat, 7 November 2014

::Burn the midnight oil::

Subhanallah..dh hampir subuh rupanya..

Astaghfirullahal aziimm..



Bismillah Ar- Rahman Ar-Raheem

Assalamulaikum warahmatullahi wabarakatuh.. Salam Jumaat kawan-kawan, muslimin muslimat yang dirahmati lagi dikasihi Allah sekalian.

Alhamdulillah, alhamdulillah. alhamdulillah..sayyidul ayam bertandang lagi..alhamdulillah, masih berjiwa Iman dan Islam dan semoga terus begini sehingga hela nafas terakhir hendaknya.

selawat dan Salam atas junjungan besar penghulu segala umat, penyempurna akhlak yang mulia, pembawa syafaat ke seluruh alam, Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam. Juga buat kaum kerabat baginda, sahabat-sahabat anugerah syurga dan para tabi' wattaabi'in..

buat ummi, abah, guru-guru (tadika Islam, SKGP,SKRP2,SKGT, MMPM, UIAM), adik-adikku (Zaki,Basyir, Aliya, Zakwan, Karimi, Hanun, Najihah, Yusrin), kawan-kawan, saudara-mara dan jiran tetangga. ini ku titipkan buat kalian:


Bismillahir-rahmaanir-rahim
alhamdulillahi-robbil-a'lamin
arrahmaanir-raheem
maaliki-yaumid-deen
iyyaka-na'budu-wa-iyaaka-nasta'ien
ihdinas-sirootol-mustaqeem
sirootol-ladhina-an'amta-'alaihim
ghoiril-maghdubi-'alaihim
waladh-dhoollleeen
aamiin

moga ruh kalian berada dalam keadaan aman dan tenteram dengan nikmat Islam.

<BURN THE MIDNIGHT OIL>
: work late till into the night> almost morning

yes, this the most suitable and appropriate English idiom to represent me now. yep, It is almost 5am, but I still do my things.

nope, I'm not studying, I just do some research while blogwalking, check FB's updates up and looking for job vacancies.

bittaufiq wannajah SHAHIDA! and for those who are in 'pencil-and paper' war especially to all SPM candidates, and also IIUM students who still strive over their mid-terms, wish you all the best of luck!!

*switch the language

bakar minyak tengahmalam atau orang-orang tua cakap pasang pelita atau lilin. ni nak kata yang usaha tu sampai ke lewat malam, sampai tak tido malam. 

itulah aku sekarang semenjak dua menjak ni.

tapi..persoalannya,

kenapa pelita @ lilin? takdak letrik ka?

ni aku jawab: pelita dan lilin tu simbolik ja, kan tetengah malam orang semua katup (tutup) lampu semua nk tido, jadi yang takmo tido lagi tu, kne la pasang pelita atau lilin, supaya tak mengganggu..haa, pada pendapat aku la..

tp aku pasang je letrik sebab adik aku, Aliya ni pun tak tido jgk. Dia sama la dengan aku, tengah main tenung-tenung dengan skrin lappy masing-masing..dia dgn laptop dia, dan aku dgn LILI?

(introducing LILI!- my beloved lappy)* tetiba

ok, baiklah

sejujurnya, this idiom mengingatkan aku kepada kisah Umar Abdul Aziz.

kenapa?

ingat tak kisah putera Khalifah Umar Abdul Aziz datang ke pejabat ayahnya di waktu malam ketika sang Khalifah sedang tekun bekerja?

ditanya akan anaknya sama ada kedatangannya itu untuk membincangkan urusan negara atau urusan keluarga.

urusan keluarga, jawab si anak

lantas Khalifah Umar Abdul Aziz mematikan lampu dan meminta pembantunya membawa lampu@pelita dari bilik dalam kepunyaan keluarga Khalifah Umar Abdul Aziz.

anaknya kehairanan

Khalifah menerangkan kepada anaknya bahawa lampu yang digunakan untuk urusan kerja itu adalah milik kerajaan, milik rakyat yang telah diamanahkan kepada beliau.

kerana Khalifah Umar Abdul Aziz seorang pemerintah yang sangat amanah, sehingga segenap perkara dia melihat atas nama tanggungjawab dan amanah.

itu baru cerita lampu. sudah cukup mengagumkan aku.

persoalannya: apa kaitan dengan idiom tu

ini jawapannya:

aku pun tak tahu

midnight oil = pelita = Khalifah Umar Abdul Aziz..


p/s: kalau lah pemerintah Malaysia sebegini, takkan merana hidup aku,. Ya ALLAH, kurniakanlah kami pemimpin yang adil. limpahkanlah rahmat yang berpanjangan buat kami.

bila aku lihat wajah tua abah dan ummi, satu perasaan sangat meruntun jiwaku. kerutan di wajah yang semakin jelas, rambut semakin memutih. semoga aku sempat membahagiakan ummi dan abah, Ya Allah, aku memohon dengan penuh pengharapan dan hajat. kurniakanlah aku pekerjaan yang HALAL lagi BAIK, yang padanya terdapat keberkatan dan kecukupan. kabulkanlah juga doa saudara2 ku, sahabat2 ku..amin..

#jom tuntaskan checklist Jumaat kita :)

selingan: antara event sepanjang minggu ni agak momenteous

-JDTvsPAHANG = Tok Gajah menang membenamkan Harimau Selatan dengan penalti 3-5, Mat Yo gagal sempurnakan sepakan penalti.

 .: sekali buat salah, segala kebaikan yang dilakukan bergunung2 pun mampu dilupakan manusia begitu sahaja.



-Puteri Sulung Che Ta & Zain Saidin 1/11/2014 = subhanallah.sangat comel..

 .:kagum melihat kematangan Che Ta, semoga dia diberi hidayah soon.



-Isu kejam terhadap rakyat ; Kg. Chubadak = rumah pasangan warga emas Mak Cik Wahidah diruntuhkan.

 .:kerakusan menteri yang terus-terusan menindas rakyat, mereka fikir mereka akan senang dengan cara begitu. aku harap suatu hari nanti mereka sempat merasa penderitaan seperti yang pernah dialami oleh golongan yang tertindas ini.



-Isu kejam terhadap rakyat ; GST tetap diteruskan, walaupun sesetengah barang dikecualikan spt serbuk kopi, teh, mee kuning, akhbar, sayur

..: inilah jadinya bila kerajaan terdesak,masalah yang mereka timbulkan, ke atas rakyat pula mereka lemparkan tanggungjawab.



-Isu kejam terhadap rakyat: PTPTN dikurangkan 5% utk pelajar IPTA dan 15% utk pelajar IPTS. 

.:ketirisan pengurusan kewangan oleh kerajaan diletakkan ke atas bahu pelajar.sewajarnya golongan ini boleh mendapat pembiayaan penuh jika dilihat hasil kekayaan Malaysia yang mewah.



-Isu wake up call: what? Perdana Menteri Belanda@Netherlands datang ke Malaysia menaiki pesawat awam JE? takkan takde pesawat peribadi kot? kenapa tak naik pesawat peribadi je? kan mudah dan cepat, bagus untuk urusan negara

.:berkenaan ini, kedua2 Perdana Menteri (Malaysia & Belanda) bertemu untuk membincangkan kes Pesawat MH17 yang ditembak jatuh di sempadan Rusia-Ukraine pada 17 Julai 2014 lalu.



-Isu wake up call: (Tornado) Puting beliung di Pendang, Kedah

 .: kejadian yang pembentukan angin yang luar biasa berlaku di Malaysia. Menurut ahli meteorologi, pembentukan angin ini amat luar biasa yang kebiasaannya hanya berlaku di Amerika Syarikat.



-Isu wake up call: (landslide) kejadian tanah runtuh di Cameron Highlands mengorbankan nyawa.



-Isu wake up call: (Bullying case) dua video pembulian yang berlaku di sekolah berasrama (boarding school) yang telah luas tersebar dan menjadi viral di laman sosial. Polis Negara ambil tindakan.



-Isu rakyat : Arwah adik Rafiqin yang hilang ketika trekking di Hutan Lipur Sekayu, Terengganu di temui dalam keadaaan terduduk di celahan batu setelah laungan azan. 

.:dipercayai orang ramai telah melalui kawasan tersebut berulang kali sebelum ini, tapi tidak pula terjumpa arwah.



-Isu kemanusiaan global: Masjid Al-Aqsa dalam bahaya. Zionis melancarkan serangan keatas Masjid Al-Aqsa dengan bom menyebabkan kerosakan teruk dan kemusnahan beberapa srtuktur penting Masjid.

 .: laknat Allah keatas mu wahai zionis kaum yang dikeji. *Qunut nazilah.



-Isu akhlak: remaja 15 tahun ditangkap, dipukul dan dibogelkan ketika cubaan mencuri sebuah motor EX-5 milik jemaah yang sedang solat Isya' di masjid, Kota Bharu

.:memukul untuk bagi pengajaran aku boleh terima, tetapi menelanjangkan tu, aku sangat tak setuju. kerana ia melibatkan soal mentaliti dan maruah. bukan memihak kepada sesiapa, tetapi aib yang diterima adik ni ketika dilakukan sedemikian rupa, bagi aku boleh mengundang trauma dan luka yang dalam terhadap mental adik ni. harap-harap adik ni tak commit suicide or having suicidal thought.

bahkan Mufti Kelantan pun membantah perbuatan sedemikian. Islam tak ajar semua ni.

 Reflect balik, kenapa tindakan masyarakat hari ni semakin tidak bijak, tak kira lah dari segi kognitif nya, mentaliti nya, malah akhlaknya. semua ni bagaikan memberi satu petunjuk. Petunjuk kearah keruntuhan ketamadunan manusia.Tamadun yang dibina seiring dengan sejarah.Ya, sejarah itu mungkin berulang. persoalannya, dimana punca dan salah masyarakat kini? tak perlu fikirkan lagi solusinya.. selagi punca itu tidak dapat dikenalpasti dan tidak diubah.

#Pray4Gaza
#Pray4abetterMalaysia
#Midnightoil20sen
#Jobhunterroutine














Sabtu, 1 November 2014

Pemilik Cinta-Hijjaz



courtesy: http://munsyeed.com/malay/kolum/info-menarik-album-terbaru-hijjaz/

oh Pemilik cinta betapa dapatku rasa,
indahnya bahagia 
yang mendakap jiwa
dalam kesepianku Kau hadirkan dirinya
peneman
menuju syurga

oh Pemilik hati sungguh Kau Maha Mengerti
lemah diri ini
hidup bersendiri
dirinya seperti cahaya yang menyinari
indahnya
bak bidadari

semua persoalan 
bertemu jawapan
tiada lagi kebuntuan mengganggu fikiran

kesyukuran ini
melimpah dihati
betapa agungnya kasihMu Illahi

oh Pemilik cinta betapa dapatku rasa,
indahnya bahagia 
yang mendakap jiwa
dalam kesepianku Kau hadirkan dirinya
peneman
menuju syurga

benarku akui
jarangku lafazkan
kata-kata penghargaan atas pengorbanan

namun hanya Engkau
Maha Mengetahui
betapa dirinya amatku hargai


Kekasih
kau penawar duka
menjadi penguat di jiwa
walaupun bertalu diuji
dirimu tetap setia disisi

Oh Tuhan 
Kau Yang Maha Tahu
cintaku padanya
tak pernah ku ragu

kupinta
kekalkan cintaku
hanya bersamanya di syurgaMu

oh duhai kekasihku..



Lagu ciptaan Putra Aiman (Munif Hijjaz) dan lirik oleh Atie Zam

hakcipta terpelihara Hijjaz Records

p/s: subhannallah, sangat indah..kombinasi lirik yang mendalam maksudnya dan lagu yang sangat indah

terima kasih Hijjaz for this piece of art, group nasyid yang tidak pernah mengecewakan peminat dan pendengar. May Allah bless.. <3

selepas diperkenalkan oleh seorang sahabat, 1st time dengar terus melting, unconciously,dipasang berulang kali, smbil di'pairing'kn dengan sahabat ni dan dimainkan berulang kali di minda ketika bercuti ke Langkawi. Thanks dear for introducing this sweet and harmonious song.

I got this copy of song from my brother yg study kt KIAS, Nilam Puri, KB, Kelantan..alfu syukran ya akhi, u r cool

bila dengar je lagu ni, terus teringatkan sahabat sorang ni dan juga Langkawi especially kat Pantai Cenang.

dan lagu ni antara peneman hari2 terakhir study sem 1, final year at IIUM as an undergraduate.

Terima Kasih Allah kerana pinjamkan perasaan ini,alhamdulillah ^_^