Astaghfirullahal aziimm..
Bismillah Ar- Rahman Ar-Raheem
Assalamulaikum warahmatullahi wabarakatuh.. Salam Jumaat kawan-kawan, muslimin muslimat yang dirahmati lagi dikasihi Allah sekalian.
Alhamdulillah, alhamdulillah. alhamdulillah..sayyidul ayam bertandang lagi..alhamdulillah, masih berjiwa Iman dan Islam dan semoga terus begini sehingga hela nafas terakhir hendaknya.
selawat dan Salam atas junjungan besar penghulu segala umat, penyempurna akhlak yang mulia, pembawa syafaat ke seluruh alam, Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam. Juga buat kaum kerabat baginda, sahabat-sahabat anugerah syurga dan para tabi' wattaabi'in..
buat ummi, abah, guru-guru (tadika Islam, SKGP,SKRP2,SKGT, MMPM, UIAM), adik-adikku (Zaki,Basyir, Aliya, Zakwan, Karimi, Hanun, Najihah, Yusrin), kawan-kawan, saudara-mara dan jiran tetangga. ini ku titipkan buat kalian:
Bismillahir-rahmaanir-rahim
alhamdulillahi-robbil-a'lamin
arrahmaanir-raheem
maaliki-yaumid-deen
iyyaka-na'budu-wa-iyaaka-nasta'ien
ihdinas-sirootol-mustaqeem
sirootol-ladhina-an'amta-'alaihim
ghoiril-maghdubi-'alaihim
waladh-dhoollleeen
aamiin
moga ruh kalian berada dalam keadaan aman dan tenteram dengan nikmat Islam.
<BURN THE MIDNIGHT OIL>
: work late till into the night> almost morning
yes, this the most suitable and appropriate English idiom to represent me now. yep, It is almost 5am, but I still do my things.
nope, I'm not studying, I just do some research while blogwalking, check FB's updates up and looking for job vacancies.
bittaufiq wannajah SHAHIDA! and for those who are in 'pencil-and paper' war especially to all SPM candidates, and also IIUM students who still strive over their mid-terms, wish you all the best of luck!!
*switch the language
bakar minyak tengahmalam atau orang-orang tua cakap pasang pelita atau lilin. ni nak kata yang usaha tu sampai ke lewat malam, sampai tak tido malam.
itulah aku sekarang semenjak dua menjak ni.
tapi..persoalannya,
kenapa pelita @ lilin? takdak letrik ka?
ni aku jawab: pelita dan lilin tu simbolik ja, kan tetengah malam orang semua katup (tutup) lampu semua nk tido, jadi yang takmo tido lagi tu, kne la pasang pelita atau lilin, supaya tak mengganggu..haa, pada pendapat aku la..
tp aku pasang je letrik sebab adik aku, Aliya ni pun tak tido jgk. Dia sama la dengan aku, tengah main tenung-tenung dengan skrin lappy masing-masing..dia dgn laptop dia, dan aku dgn LILI?
(introducing LILI!- my beloved lappy)* tetiba
ok, baiklah
sejujurnya, this idiom mengingatkan aku kepada kisah Umar Abdul Aziz.
kenapa?
ingat tak kisah putera Khalifah Umar Abdul Aziz datang ke pejabat ayahnya di waktu malam ketika sang Khalifah sedang tekun bekerja?
ditanya akan anaknya sama ada kedatangannya itu untuk membincangkan urusan negara atau urusan keluarga.
urusan keluarga, jawab si anak
lantas Khalifah Umar Abdul Aziz mematikan lampu dan meminta pembantunya membawa lampu@pelita dari bilik dalam kepunyaan keluarga Khalifah Umar Abdul Aziz.
anaknya kehairanan
Khalifah menerangkan kepada anaknya bahawa lampu yang digunakan untuk urusan kerja itu adalah milik kerajaan, milik rakyat yang telah diamanahkan kepada beliau.
kerana Khalifah Umar Abdul Aziz seorang pemerintah yang sangat amanah, sehingga segenap perkara dia melihat atas nama tanggungjawab dan amanah.
itu baru cerita lampu. sudah cukup mengagumkan aku.
persoalannya: apa kaitan dengan idiom tu
ini jawapannya:
aku pun tak tahu
midnight oil = pelita = Khalifah Umar Abdul Aziz..
p/s: kalau lah pemerintah Malaysia sebegini, takkan merana hidup aku,. Ya ALLAH, kurniakanlah kami pemimpin yang adil. limpahkanlah rahmat yang berpanjangan buat kami.
bila aku lihat wajah tua abah dan ummi, satu perasaan sangat meruntun jiwaku. kerutan di wajah yang semakin jelas, rambut semakin memutih. semoga aku sempat membahagiakan ummi dan abah, Ya Allah, aku memohon dengan penuh pengharapan dan hajat. kurniakanlah aku pekerjaan yang HALAL lagi BAIK, yang padanya terdapat keberkatan dan kecukupan. kabulkanlah juga doa saudara2 ku, sahabat2 ku..amin..
#jom tuntaskan checklist Jumaat kita :)
selingan: antara event sepanjang minggu ni agak momenteous
-JDTvsPAHANG = Tok Gajah menang membenamkan Harimau Selatan dengan penalti 3-5, Mat Yo gagal sempurnakan sepakan penalti.
.: sekali buat salah, segala kebaikan yang dilakukan bergunung2 pun mampu dilupakan manusia begitu sahaja.
-Puteri Sulung Che Ta & Zain Saidin 1/11/2014 = subhanallah.sangat comel..
.:kagum melihat kematangan Che Ta, semoga dia diberi hidayah soon.
-Isu kejam terhadap rakyat ; Kg. Chubadak = rumah pasangan warga emas Mak Cik Wahidah diruntuhkan.
.:kerakusan menteri yang terus-terusan menindas rakyat, mereka fikir mereka akan senang dengan cara begitu. aku harap suatu hari nanti mereka sempat merasa penderitaan seperti yang pernah dialami oleh golongan yang tertindas ini.
-Isu kejam terhadap rakyat ; GST tetap diteruskan, walaupun sesetengah barang dikecualikan spt serbuk kopi, teh, mee kuning, akhbar, sayur
..: inilah jadinya bila kerajaan terdesak,masalah yang mereka timbulkan, ke atas rakyat pula mereka lemparkan tanggungjawab.
-Isu kejam terhadap rakyat: PTPTN dikurangkan 5% utk pelajar IPTA dan 15% utk pelajar IPTS.
.:ketirisan pengurusan kewangan oleh kerajaan diletakkan ke atas bahu pelajar.sewajarnya golongan ini boleh mendapat pembiayaan penuh jika dilihat hasil kekayaan Malaysia yang mewah.
-Isu wake up call: what? Perdana Menteri Belanda@Netherlands datang ke Malaysia menaiki pesawat awam JE? takkan takde pesawat peribadi kot? kenapa tak naik pesawat peribadi je? kan mudah dan cepat, bagus untuk urusan negara
.:berkenaan ini, kedua2 Perdana Menteri (Malaysia & Belanda) bertemu untuk membincangkan kes Pesawat MH17 yang ditembak jatuh di sempadan Rusia-Ukraine pada 17 Julai 2014 lalu.
-Isu wake up call: (Tornado) Puting beliung di Pendang, Kedah
.: kejadian yang pembentukan angin yang luar biasa berlaku di Malaysia. Menurut ahli meteorologi, pembentukan angin ini amat luar biasa yang kebiasaannya hanya berlaku di Amerika Syarikat.
-Isu wake up call: (landslide) kejadian tanah runtuh di Cameron Highlands mengorbankan nyawa.
-Isu wake up call: (Bullying case) dua video pembulian yang berlaku di sekolah berasrama (boarding school) yang telah luas tersebar dan menjadi viral di laman sosial. Polis Negara ambil tindakan.
-Isu rakyat : Arwah adik Rafiqin yang hilang ketika trekking di Hutan Lipur Sekayu, Terengganu di temui dalam keadaaan terduduk di celahan batu setelah laungan azan.
.:dipercayai orang ramai telah melalui kawasan tersebut berulang kali sebelum ini, tapi tidak pula terjumpa arwah.
-Isu kemanusiaan global: Masjid Al-Aqsa dalam bahaya. Zionis melancarkan serangan keatas Masjid Al-Aqsa dengan bom menyebabkan kerosakan teruk dan kemusnahan beberapa srtuktur penting Masjid.
.: laknat Allah keatas mu wahai zionis kaum yang dikeji. *Qunut nazilah.
-Isu akhlak: remaja 15 tahun ditangkap, dipukul dan dibogelkan ketika cubaan mencuri sebuah motor EX-5 milik jemaah yang sedang solat Isya' di masjid, Kota Bharu
.:memukul untuk bagi pengajaran aku boleh terima, tetapi menelanjangkan tu, aku sangat tak setuju. kerana ia melibatkan soal mentaliti dan maruah. bukan memihak kepada sesiapa, tetapi aib yang diterima adik ni ketika dilakukan sedemikian rupa, bagi aku boleh mengundang trauma dan luka yang dalam terhadap mental adik ni. harap-harap adik ni tak commit suicide or having suicidal thought.
bahkan Mufti Kelantan pun membantah perbuatan sedemikian. Islam tak ajar semua ni.
Reflect balik, kenapa tindakan masyarakat hari ni semakin tidak bijak, tak kira lah dari segi kognitif nya, mentaliti nya, malah akhlaknya. semua ni bagaikan memberi satu petunjuk. Petunjuk kearah keruntuhan ketamadunan manusia.Tamadun yang dibina seiring dengan sejarah.Ya, sejarah itu mungkin berulang. persoalannya, dimana punca dan salah masyarakat kini? tak perlu fikirkan lagi solusinya.. selagi punca itu tidak dapat dikenalpasti dan tidak diubah.
#Pray4Gaza
#Pray4abetterMalaysia
#Midnightoil20sen
#Jobhunterroutine
Tiada ulasan:
Catat Ulasan