

cinta itu cahaya sanubari
kurniaan Tuhan fitrah insani
dan di mana terciptanya cinta
di situ rindu bermula
cinta itu tidak pernah meminta
tetapi memberi sepenuh rela
rasa bahgia biarpun sengsara
berkorban segala-gala
semua kerana cinta
yang pahit manis dirasa
menghibur nestapa merawat luka
damai di jiwa
terpadam api benci permusuhan
terjalinlah kasih sayang
begitulah cinta yang diidamkan
tanpa nafsu mencemarkan
c/o;
dan jangan pula kerana bercinta
kita pun leka entah kemana
dan jangan pula kerana bercinta
tergadai semua maruah, agama
cinta..
ooh cinta
ooh cinta..
ooh cinta~
kerana cinta
semua kerana cinta
yang pahit manis dirasa
menghibur nestapa merawat luka
damai di jiwa
terpadam api benci permusuhan
terjalinlah kasih sayang
begitulah cinta yang diidamkan
tanpa nafsu yang mencemarkan
dan jangan pula kerana bercinta
kita pun leka entah kemana
dan jangan pula kerana bercinta
tergadai semua maruah agama
cinta yang sejati hanya cintakan Illahi
cinta ayah bonda tulus suci selamanya
cintakan saudara masa berada hanya sementara
cinta sesama insan suburkan dengan ketaqwaan..
p/s: teringat pengorbanan seorang ayah yang sanggup mengorbankan masa rehatnya setelah seharian membanting tulang empat keratnya, ia semata-mata menghantar anak perempuannya ke kelas tambahan malam, menunggu dengan setia dan sabar dan menjemput pulang setiap malam. terima kasih abah, segala pengorbananmu tak mungkin terbalas, tapi anakmu ini sedang mencuba sedayanya untuk melihat abah bahagia mempunyai anak seperti ku.. YA ALLAH, kabulkan doaku..amin..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan